Saturday 11 February 2012

POLIS SABAH CEGAH JUDI SAMBIL LEWA?

ANGGOTA Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh kecewa dengan cara pihak berkuasa, khususnya polis menangani kegiatan perjudian haram di Tawau, yang dianggapnya masih berleluasa.

Abdul Ghapur berkata, meskipun sudah menyuarakan perkara itu di persidangan Dewan Rakyat yang lepas, keadaan tidak banyak berubah malah hampir setiap dua minggu beliau akan menerima SMS daripada orang ramai berhubung gejala itu.

"Apa yang mendukacitakan dan tidak masuk akal ialah mengapa pekerja yang menjaga premis perjudian haram itu sahaja yang ditangkap sedangkan pemilik premis judi tidak diambil tindakan. Pihak polis ada beri jawapan kononnya pekerja tidak mahu beritahu (siapa majikannya).

"Kalaupun dia (pekerja) tidak mahu beritahu kerana mungkin mahu melindungi majikannya, bagaimana dengan kedai tempat judi haram itu. Siapa punya kedai, pemiliknya menyewakan kepada siapa? Ini perlu kita tahu.

"Kita tidak mahu polis (buat kerja) sambil lewa sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat persiapan Umno Kalabakan menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Abdul Ghapur berkata pihak berkuasa perlu bertindak sewajarnya dan menguatkuasakan undang-undang sedia ada tanpa mengira bulu bagi mengelak persepsi masyarakat kononnya premis judi haram berkenaan milik 'orang besar dan tidak boleh ditangkap'.

"(Orang akan kata) apakah negara ini tidak ada undang-undang. Orang yang kerja makan gaji ditangkap dan dipenjara tetapi yang punya syarikat yang mendapat untung begitu besar terlepas. Kerajaan perlu mengambil tindakan mengatasi masalah ini," katanya.

Menyatakan bahawa gejala judi boleh membawa implikasi sosial yang besar seperti keruntuhan rumah tangga dan dikhuatiri menggalakkan kes pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa, Abdul Ghapur berkata:

"Sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan, saya akan bawa isu ini ke Parlimen lagi dan mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk menyiasat kemungkinan ada unsur subahat dalam isu judi haram ini." (BERNAMA)

10 comments:

  1. This illegal gambling activity is on the rampant. The operators profits from the greed of those who fall victims to it.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the police from the area mentioned will take not of this and rectify the situation at earnest.

    ReplyDelete
  3. Gambling issues should be resolved as it is one of the social ills in the country.

    ReplyDelete
  4. Hope that the police will do their best to stop the gambling activities in the state.

    ReplyDelete
  5. pihak polis kenalah bertindak lebih proaktif dan telus dalam menjalankan tugas mereka.

    ReplyDelete
  6. byk juga operasi dijalankan polis Sabah dalam membnedung aktiviti2 perjudian. tapi aktiviti judi masih lagi berleluasa, nampaknya operasi kena diperbanyakkan lagi.

    ReplyDelete
  7. Dalang di sebalik mesin judi harus ditangkap. Kalau tangkap pekerja saja, bila2 masa akan wujudkan balik kedai judi tu.

    ReplyDelete
  8. Judi merosakkan akhlak saja. Polis harus serius banteras masalah tu.

    ReplyDelete
  9. Itu tidak benar sama sekali. Sedangkan pihak polis telah membuat serbu kepada 1400 buah tempat perjudian. Jangan mudah percaya kenyataan yang diberikan tanpa bukti.

    ReplyDelete
  10. Hakikatnya, tugas sebagai polis pun bukan senang dan mereka berhadapan dengan risiko dan bahaya.

    ReplyDelete