Thursday 9 February 2012

POLIS SEDIA HADAPI ANCAMAN CULIK DI SABAH

POLIS Sabah sentiasa membuat pemantauan dan bersedia menghadapi rancangan pengganas untuk melakukan penculikan di perairan negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kejadian pelancong asing diculik di luar perairan Pulau Sipadan patut dijadikan pengajaran bahawa aspek keselamatan tidak boleh dipandang ringan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas amaran kerajaan Australia kepada pengembara baru-baru ini supaya lebih berjaga-jaga terhadap kemungkinan pengganas terus merancang melakukan penculikan di perairan Sabah.

Katanya, tanggungjawab menjaga keselamatan perairan Malaysia tidak hanya terletak di bahu polis semata-mata, tetapi juga agensi penguatkuasaan lain seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Angkataan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Kastam.

"Kami sentiasa bekerjasama demi kepentingan negara. Kami juga sentiasa bersedia sekiranya ini (penculikan) berlaku. Kami sedang memperkemas dan meningkatkan kawalan keselamatan," katanya selepas menghadiri mesyuarat polis bantuan yang dihoskan Asian Supply Base Sdn Bhd (ASB).

Maklumat yang disiarkan pada akhir bulan lepas dalam laman web smartraveller.gov.au milik Jabatan hal Ehwal Luar dan Perdagangan Australia membayangkan bahawa pengganas terus merancang untuk melakukan penculikan di perairan Sabah.

Kenyataan amaran itu juga menasihati pengembara Australia supaya lebih berhati-hati apabila berada di kawasan peranginan di pantai barat Sabah kerana kemungkinan berlaku kes penculikan.

Pengembara juga dinasihati supaya menimbang semula keperluan untuk mengunjungi kepulauan berkenaan, tempat menyelam dan kawasan pantai di timur Sabah berikutan meningkatnya ancaman kegiatan menculik oleh pengganas dan penjenayah.

Sebelum ini, Kumpulan Abu Sayyaf, yang berpangkalan di Filipina, menculik warga asing yang mengunjungi pantai timur tanah besar Sabah, kepulauan berkenaan (Sipadan, Mataking dan Pandanan) serta kawasan perairan sekitarnya.

Berikutan kejadian tersebut, pihak berkuasa Malaysia telah meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan itu. (BERNAMA)

12 comments:

  1. Harap kerajaan akan menguatkan pemantauan di perairan Sabah supaya keselamatan rakyat dan juga pelancong akan terjamin.

    ReplyDelete
  2. Aspek-aspek keselamatan untuk melindungi para pelancon ke pulau seperti Sipadan perlulah ditingkatkan untuk mengelakkan sesiapa daripada diculik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadikan kejadian penculikan di Pulau Sipadan pada tahun 2000 sebagai suatu pengajaran dan peringatan.

      Delete
  3. kawalan perairan sabah perlu diperketatkan lagi bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku.

    ReplyDelete
  4. jgn biarkan kejadian culik berlaku lagi.

    ReplyDelete
  5. tempat2 yang sering menjadi tumpuan kes culik harus sentiasa dijaga untuk mengurang / mengelak kejadian yang sama berulang.

    ReplyDelete
  6. Diharap polis selalu peka dengan keadaan tersebut.

    ReplyDelete
  7. rakyat perlu sentiasa berwaspada ketika berada di mana2 perairan yang bersempadan dengan negara2 jiran seperti Indonesia dan Filipina.

    ReplyDelete
  8. Perkuatkan lagi pengawasan dikawasan Perairan di Sabah.

    ReplyDelete
  9. amaran kerajaan Australia itu pasti akan menjejaskan industri pelancongan di negeri ini.. sudah la kita berhadapan dengan ancaman pengganas, kini industri pelancongan kita pula bakal terjejas..

    ReplyDelete
  10. kes penculikan di sempadan negeri ini bukan pertama kali berlaku.. sepatutnya pihak berkuasa telah mempunyai strategi atau perancangan sendiri bagi mengelakkan kes penculikan berulang kembali..

    ReplyDelete
  11. Pengganas2 ini memang soi lah! Tidak habis2 timbulkan masalah.

    ReplyDelete