Monday 13 February 2012

PROJEK AMONIA, APA FAEDAH KEPADA RAKYAT?



Oleh : SUPT (B) KAMIS DAMING

PROJEK amonia dan urea di Kg Banting, Sipitang bernilai RM4.6 billion amat memberangsangkan masyarakat setempat, tetapi sewajarnya kerajaan negeri Sabah menjelaskan siapa yang mendapat untung dan impaknya kepada penduduk Sipitang.

Secara umum, semua orang boleh mengatakan kewujudan projek mega ini di daerah Sipitang akan turut mempunyai kesan terhadap ekonomi penduduk setempat, namun kerajaan sepatutnya menjelaskan secara terperinci mekanisma bagaimana projek besar ini boleh memberi keuntungan kepada keseluruhan penduduk Sipitang yang berjumlah lebih kurang 60,000 orang.

Peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh kilang ini kelak memang tidak dinafikan akan mendatangkan manfaat kepada penduduk Sipitang, tetapi berapa orang sahaja penduduk Sipitang mempunyai kemahiran dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan-jawatan yang disediakan?

Manakala peluang pekerjaan yang akan wujud di kilang itu kebanyakannya adalah teknikal dan mahu tidak mahu akan diisi oleh orang luar jika kerajaan tidak memberi perhatian khusus terhadap perkara ini mulai dari sekarang.

Untuk mengatasi masalah ini dan bagi memberi peluang lebih ramai penduduk Sipitang bekerja di kilang tersebut, kerajaan harus menyediakan sekolah atau pusat latihan kemahiran dalam bidang yang berkaitan bagi menyesuaikan bidang kemahiran yang diperlukan agar mereka boleh bekerja di kilang tersebut.

Setakat ini, belum nampak lagi sebarang kenyataan daripada pemimpin-pemimpin kerajaan BN bahawa daerah Sipitang telahpun bebas daripada status miskin tegar. Ini bererti di daerah Sipitang masih ramai lagi orang yang hidup di bawah paras kemiskinan.

Apakah dengan kewujudan kilang ini nanti akan mendatangkan manfaat secara langsung kepada golongan ini? Kerajaan harus memberi penjelasan mekanisma bagaimana orang Sipitang yang hidup di bawah paras kemiskinan yang tidak berpeluang atau tidak layak bekerja di kilang ini disebabkan faktor semula jadi; contoh, usia, keadaan fizikal, kelulusan, kebolehan dan lain lain, mendapat manfaat terus daripada projek ini.

Pemimpin BN harus juga memikirkan kaedah bagaimana warga emas di daerah Sipitang yang kurang berkemampuan mendapat keuntungan daripada projek berbilion ringgit ini, sebagai contoh, elaun bantuan khas bulanan, bantuan perumahan dan faedah sampingan lain.

Apabila kita mengatakan projek ini akan turut memberi impak terhadap ekonomi penduduk setempat, ia merangkumi keseluruhan penduduk daerah ini. Adakah penoreh getah, nelayan, petani juga akan mendapat faedah secara langsung daripada projek ini? Kalau ya, bagaimana caranya?

Projek mega berharga RM4.6 bilion bukan satu projek yang kecil. Air, elektrik percuma, bantuan/biasiswa persekolahan, bantuan kematian yang berterusan bagi penduduk Sipitang yang hanya berjumlah lebih kurang 60,000 orang; bukanlah perkara yang mustahil untuk dilaksanakan jika kerajaan benar-benar serius terhadap permasalahan rakyat.

Kita tidak mahu melihat sebuah syarikat gergasi hanya menjadikan Sipitang untuk mengaut keuntungan bagi diri mereka sendiri dan tokoh tertentu di sebalik projek keagungan BN ini.

13 comments:

  1. Hope that these Mega projects will be able to help the locals in that area as well as the areas nearby to improve their quality of life.

    ReplyDelete
  2. I'm sure once the project is launched, it will help improve the infrastructure developments such as better roads, better broadband/internet/communication connectivity, electricity supply will be improve, not to mention job opportunities for the locals.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hopefully.. looking forward for it.

      Delete
  3. projek ini pasti byk memberi manfaat kepada penduduk Sipitang terutamanya dalam peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga suatu hari nanti Sipitang akan menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. mudah-mudahan.

      Delete
  4. mgm tidak ramai penduduk Sipitang yang mempunyai kemahiran dalam bidang2 tersebut, tapi masih ada masa untuk melatih penduduk Siptang dalam bidang berkaitan.

    ReplyDelete
  5. Kalau sudah kerajaan bagi peluang, kerajaan pun bertanggungjawab dengan kemahiran. Latihan boleh diberi.

    ReplyDelete
  6. Projek tu sudah tentu untuk jangka masa panjang. penoreh getah, nelayan, petani dll sudah tentu ada anak2 muda mereka boleh bekerja di sana kelak.

    ReplyDelete
  7. Penduduk Sipitang juga akan mendapat untuk, kerana peluang pekerjaan akan diberikan keutamaan kepada mereka. Maka ini akan dapat mengurangkan penggangguran dan juga mengeluarkan mereka dari kemiskinan tegar.

    ReplyDelete
  8. Dengan adanya Amonia ini juga nanti akan membangunkan kawasan sipitang itu untuk lebih maju. Pasti kemudahan akan lengkap, pembangunan yang pesat pasti dan juga pelabur asing akan datang kekawasan itu.

    ReplyDelete
  9. bersyukurlah kerana projek itu dilaksanakan di Sipitang.. kerajaan telah banyak menubuhkan pusat kemahiran untuk belia2 di Sabah ini bagi memperlengkapkan diri mereka dengan pasaran kerja dimasa akan datang..

    ReplyDelete
  10. kerajaan tidak perlu jelaskan siapa yang akan dapat untung.. sampai bila la rakyat di negeri ini akan mengecapi kemajuan jika asyik tunggu untuk disuapkan..

    ReplyDelete
  11. Siapa yang pandai rebut peluang, dialah yang dapat faedah lebih.

    ReplyDelete