Tuesday 7 February 2012

PROJEK STRATEGIK UNTUK BIMP-EAGA



KUMPULAN Kerja Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) telah mengenal pasti tiga projek utama untuk dimasukkan ke dalam Pelan Induk Pelaksanaan BIMP-EAGA untuk tahun 2012-2016.

Ia adalah Program Outreach Luar Bandar ICT (iROP), BIMP-EAGA Rink (Kabel Submarin) dan Pengenalan Penjelasan Pintar (iClid), demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Mindanoa (MinDA).

Projek-projek ini, berteraskan kepada kecanggihan teknologi, diketengahkan semasa Perancangan Strategik 2012, yang dipengerusikan oleh Hajah Airah Haji Abdullah, Pemangku Pengarah Perhubungan, Kementerian Perhubungan, Brunei Darussalam, yang diadakan di Manila baru-baru ini.

"Pembangunan teknologi dalam BIMP-EAGA amat menyakinkan. Infrastruktur kelas dunia, pengetahuan dan sistem ICT tidak lama lagi akan berada dalam langkauan kita, sekali gus membolehkan kita menembusi potesi untuk faedah rakyat Mindanao," kata Luwalhati R. Antonino, Pengerusi MinDA dan menteri yang memeterai Filipina-EAGA.

Projek iROP dan iCLID mendapat sokongan pembiayaan dan layak untuk disenaraikan untuk rancangan pelaksanaan dua tahun tahun 2012-2013.

BIMP-EAGA Rink akan dibawa ke hadapan untuk rancangan pelaksanaan seterusnya bagi tahun 2013-2014.

Projek iROP ialah program outreach atau langkauan BIMP-EAGA bagi meningkatkan kadar celik ICT di kalangan komuniti luar bandar menerusi pembinaan pusat tele-komputer dengan model e-Pembelajaran dan aplikasi mudah alih.

Filipina telah mengenal pasti 30 tapak perintis untuk pusat tele-komputer di Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM). Setiap tapak perintis dijangka mempunyai 20 komputer.

Brunei telah berjaya melaksanakan fasa pertama program yang termasuklah kursus mengenai e-perdagangan dan penubuhan pusat ICT lengkap dengan jalur lebar internet dan aplikasi yang berkaitan.

Sementara itu, E.A. Trilink Inc, peneraju sektor persendirian Filipina untuk program itu, telah melabur US$33 juta untuk pemasangan 2,000 pusat tele-komputer di ARMM.

Projek iCLID pula menggunakan gabungan pengenalan frekuensi radio dan teknologi web untuk memudahkan pergerakan merentas sempadan barangan dan kenderaan dalam lingkungan sub-serantau BIMP-EAGA.

Brunei telahpun melaksanakan fasa pertama projek itu di Sungai Tujoh dan Kuala Lurah dan akan memperluaskannya ke 'checkpoints' sempadan Sabah dan Sarawak di bawah fasa kedua. Kos untuk setiap 'checkpoint' dianggarkan US$1.5 juta.

Satu lagi projek ICT yang menelan jutaan dolar ialah BIMP-EAGA Rink atau Kabel Sub-Marin yang akan menukarkan kawasan BIMP-EAGA menjadi hab baharu dan pusat pelaburan menggunakan platform komunikasi hibrid yang memanfaatkan kabel laut dan satelit.

No comments:

Post a Comment