Thursday 16 February 2012

QEH TIADA TEMPAT LETAK KERETA

SESAK....Ketiadaan tempat letak kereta yang disediakan oleh pihak QEH menyebabkan pemilik kereta meletakkan kereta mereka sesuka hati.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto: TAUFICK RUSCHI

KEGAGALAN pihak Hospital Quen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu menyediakan tempat letak kereta telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengunjung kerana terlalu sukar untuk mendapatkan parking di kawasan persekitaran kawasan hospital berkenaan.

Masalah kekurangan tempat letak kereta sudah berkali-kali disuarakan supaya pihak QEH mahupun Kementerian Kesihatan khususnya pihak kerajaan memandang serius terhadap masalah parking berkenaan yang telah dihadapi oleh orang ramai khususnya pengunjung.

Presiden Persatuan Penderma Darah Sabah, Taufick Hj Ruschi menjelaskan kepada Sabahkini.Net berkata perkara parking di HQE bukan perkara baru ia sudah bertahun-tahun lamanya, tetapi pihak kerajaan langsung tidak langsung mempedulikan isu ini.

"Mana sudah Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Jawatankuasa Pelawat QEH, kenapa terus senyap dan terus membisu seribu bahasa? Kenapa mereka tidak mencadangkan kepada pihak kementerian. mahupun pihak QEH agar masalah parking akan dapat diselesaikan secepat mungkin demi keselesaan orang ramai,” tanya Taufick.

Taufick mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa 'cakap tidak serupa bikin', kononnya banyak pembangunan dan kemudahan asas disediakan untuk kepentingan rakyat; tetapi kenapa soal tempat letak kereta di QEH tersebut sudah bertahun-tahun tidak pernah diselesaikan sehingga menimbulkan kemarahan kepada penduduk setempat.

“Nanti kalau pihak pembangkang menghentam kerajaan dan para pemimpin BN/UMNO, apa mereka cakap pembangkang hanya pandai bercakap dan membuat propaganda untuk memutar belitkan fakta bagi meraih simpati orang ramai untuk mendapatkan sokongan rakyat, tetapi apa yang berlaku sekarang di QEH bukan lagi satu pembohongan kepada rakyat; bahkan ini satu perkara yang nyata dan berasas. Saksikan sendiri dengan mata kepala mengenai senario di QEH,” tegas Taufick lagi.

11 comments:

  1. Kemenerian Kesihatan perlulah menyediakan tempat letak kereta untuk kebaikan orang ramai terutamanya doktor dan jururawat yang kerja di situ, pesakit dan keluarga mereka.

    ReplyDelete
  2. Harap-harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, jangan biar rakyat terus bersusah payah bila datang ke HQE.

    ReplyDelete
  3. With limited land surrounding the hospital as well as the increase of people who can afford cars these day, what can you expect?

    ReplyDelete
  4. Hopefully there will be a solution if not alternative to the problem at hand.

    ReplyDelete
  5. kemudahan tempat meletak kereta perlu disediakan bagi memastikan keselesaan mereka yang datang ke hospital. harap2 ia dapat diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  6. ya.. di QEH mmg tidak mempunyai kawasan letak kereta, ini menyebabkan byk kereta di letak sesuka hati. sepatutnya perlu ada kawasan letak kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya tak boleh salahkan para pemandu juga kalau mereka parking suka hati mereka sebab sudah tiada kawasan disediakan untuk meletak kereta.

      Delete
    2. Tak kan la mahu paking jauh sedang orang sakit.

      Delete
  7. Hospital akan sentiasa menerima kunjungan pelawat. Belum kira lagi kakitangan yang bekerja di sana. Kawasan parking kereta memang sangat penting.

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya tempat letak kereta ada dikawasan parking bertingkat berdekatan kawasan tersebut. Namun masih tidak dapat menampung kehadiran pelawat yang ramai.

    ReplyDelete
  9. betulkah QEH tidak mempunyai tempat letak kereta?? macam mana sebuah hospital yang tentunya sentiasa menerima kunjungan orang awam tidak mempunyai kemudahan tempat letak kereta?? tenaga kerja QEH tidak ada ka yang memiliki kenderaan sendiri? dimana pula mereka letak kereta??

    ReplyDelete