Friday 24 February 2012

RCI PROJEK IC DILULUSKAN TAPI BELUM DIUMUM

KERAJAAN pada dasarnya telah bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat projek IC, tetapi terma rujukan dan ahli-ahlinya masih belum dimuktamadkan.

Justeru, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) Wilfred Madius Tangau, pemimpin negeri Sabah tidak bimbang apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa lawatannya ke Sabah minggu lalu, tidak mengumumkan perkara berkenaan.

Menurut Tangau, jemaah menteri pada mesyuarat 8 Februrari telah meluluskan penubuhan suruhanjaya itu dan perkara itu juga telah diminitkan.

"Kabinet membuat keputusan pada 8 Februari dan hari ini hanya 22 Februari. Kami telah berjuang membuat tuntutan itu sekian lama, jadi apa salah tunggu satu atau dua minggu lagi untuk menunggu pengumuman itu?

"Saya difahamkan bahawa kabinet juga telah membincangkan bidang rujukan (suruhanjaya itu)," kata kata Tangau yang juga Bekas Ahli Parlimen Tuaran.

Penduduk Sabah yang meningkat secara mendadak adalah isu yang amat penting, dan oleh itu katanya, terma suruhanjaya itu tidak boleh diputuskan pada hanya satu mesyuarat sahaja.

29 comments:

  1. RCI ini amat diperlukan untuk menyiasat isu Projek IC dan isu penduduk Sabah yang meningkat secara mendadak sejak beberapa puluh tahun ini. Kita perlulah mencari punca masalah ini dan juga solusi untuk menyelesaikann isu tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dengan penubuhan RCI, masalah ini dapat di selesaikan.

      Delete
  2. Harap PM Najib Razak akan membuat pengumuman tentang penubuhan RCI ini tidak lama lagi supaya ia boleh dilaksanakan sebelum PRU-13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penubuhan RCI ni pasti mempengaruhi undi rakyat Sabah pada PRU nanti.

      Delete
    2. RCI pasti akan mempengaruhi undian rakyat Sabah. Harap keputusan berkenaan RCI akan segera di keluarkan.

      Delete
  3. penubuhan RCI akan diumumkan perbincangan kabinet selesai.

    ReplyDelete
  4. rasanya ia takkan mengambil masa yang lama, RCI pasti akan diumumkan tak lama lagi.

    ReplyDelete
  5. I rather wait for an official announcement from the PM than to believe that RCI is truly approved.

    ReplyDelete
  6. dengar2 Najib akan mengadakan lawatan sekali lagi ke Sabah dan pada masa itu barulah beliau akan mengumumkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap khabar angin yang mengatakan najib akan mengumumkan RCI akan benar2 berlaku.

      Delete
  7. sebab tunggal PM tidak mengumumkan pengwujudan RCI semasa lawatannya adalah bagi mendapatkan maklum balas parti komponen BN di Sabah dan kerajaan negeri tentang terma rujukan dan komposisi panel.

    ReplyDelete
  8. This issue involves Constitution and Law. so, i think it took a long period to discuss about it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, indeed. We need Cabinet decision as well.

      Delete
  9. RCI expected to be announced in Parliament Conference scheduled on March 12 or as late as the end of Parliamentary session on 12 April.

    ReplyDelete
  10. jangkaan pihak tertentu bahawa Najib enggan menyelesaikan masalah ini ternyata meleset.. tidak semestinya beliau tidak mengumumkan RCI bermakna beliau menolak penubuhan RCI..

    ReplyDelete
  11. berbanding dengan Badawi dan Tun M, Najib lebih banyak melakukan perubahan drastik yang memerlukan beliau memenuhi permintaan rakyat dan pemimpin2 pembangkang.. hanya ketika pentadbiran Najib, kita menyaksikan, penubuhan PSC, pemansuhan RCI, penggunaan dakwat kekal.. dan tidak mustahil beliau juga akan menubuhkan RCI untuk Sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As far as I concerned, the Cabinet has make a decision upon this.

      Delete
  12. Kita tunggu saja pasti RCI akan dilaksanakan juga nanti untuk Sabah. Kerajaan memandang serius mengenai perkara ini dan pada masa yang sama juga kerajaan Negeri tidak ada bantahan mengenai kelulusan RCI ini untuk Sabah.

    ReplyDelete
  13. tunggu saja la. mana juga PM mahu kasi umum kalau benda tu tidak lengkap lagi.

    ReplyDelete
  14. I prefer if the RCI is set up with proper planning rather than announce it but has no solid plan.

    ReplyDelete
  15. penubuhan RCI harus dibuat dengan pertimbangan dan perlaksanaan yang wajar

    ReplyDelete
  16. harap ada perkembangan mengenai isu RCI ini dalam masa terdekat

    ReplyDelete
  17. Let the decision be made ​​by the government for the benefit of all

    ReplyDelete
  18. In view of illegal immigrants is a serious matter and should not be taken lightly by all parties, then it must be resolved immediately.

    ReplyDelete
  19. harap RCI ini dapat diumumkan tarikh perlaksanaannya oleh kerajaan sebelum pilihanraya umum bermula

    ReplyDelete
  20. surely all Sabahans want to know if the sudden increase in the Sabah population in the last decade is related to the huge number of foreigners who might have entered Sabah either legally or illegally and how they managed to obtain MyKads.

    ReplyDelete