Friday 10 February 2012

RM120 JUTA PUTIHKAN SENARAI E-KASIH

SERAH.....Yahya kelihatan sedang menyerahkan baja kepada salah seorang penduduk sambil di saksikan Saddi, Bung Moktar dan Masiung.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

TIMBALAN Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Yahya Hj Hussin berkata, sejumlah RM40 juta diperuntukkan kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah bagi melaksanakan fasa pertama Program 1Azam pada tahun 2010.

“Sejumlah RM80 juta lagi turut disalurkan tahun lepas yang bertujuan untuk membantu golongan rakyat berpendapatan rendah di negeri ini,” jelasnya.

Beliau menambah bantuan berkenaan mensasarkan golongan yang berpendapatan kurang dari RM950 sebulan dan miskin tegar termasuk mereka yang berpendapatan kurang RM550 sebulan.

Katanya, dengan peruntukan RM80 juta yang disediakan untuk melaksanakan fasa kedua program tersebut, maka sejumlah RM120 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan ke arah memutihkan senarai e-Kasih di negeri ini.

"Seramai 12,500 orang Ketua Isi Rumah atau KIR di Sabah telah disasarkan akan dibantu di bawah program ini dan syukur alhamdulillah, ia boleh dicapai kerana setakat ini terdapat 12,557 orang tersenarai sebagai peserta sekali gus penerima pada program tersebut," jelasnya.

Yahya menyatakan demikian ketika menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Bantuan Program 1Azam KPIM peringkat Daerah Kinabatangan 2012 di Dewan Sri Lamag, di sini, kelmarin.

Dalam konteks ini, beliau menyeru rakyat pelbagai kaum khususnya Kinabatangan supaya memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah di negeri ini.

Ini katanya, mana ada kerajaan seperti BN yang amat prihatin terhadap keperluan dan kebajikan rakyat sekali gus menunjukkan bahawa kepimpinan kerajaan hari ini berpegang teguh dengan prinsip perjuangan iaitu mengutamakan serta mendahului kepentingan semua kaum tanpa mengira latarbelakang mahupun kepercayaan masing.

Tambahnya, program transformasi kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menetapkan sasaran untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 agar setanding dengan negara-negara maju di dunia.

Ujarnya, di Malaysia khususnya Sabah, pihak kerajaan sedar masih terdapat ramai lagi penduduk dan golongan tertentu yang memerlukan bantuan untuk membolehkan penglibatan mereka dalam arus perdana pembangunan negara.

Justeru itu, kerajaan melaksanakan pelbagai program dan projek pembangunan bagi memastikan golongan rakyat miskin dan miskin tegar terutamanya yang berada di kawasan luar bandar mendapat pembelaan sepenuhnya.

"Membasmi kemiskinan tegar luar bandar khususnya KIR berpendapatan rendah merupakan salah satu dari enam bidang utama yang telah diberi tumpuan oleh pihak kerajaan di bawah 'National Key Result Area atau NKRA di mana bidang ini diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," kata Yahya.

Yahya juga memberitahu Program 1Azam dikategorikan kepada empat iaitu Azam Tani; Azam Niaga; Azam Khidmat dan Azam Kerja.

Menurutnya, di negeri ini saja program terbabit dimandatkan untuk dilaksanakan di bawah kementerian beliau di mana Setiausaha Tetap Kementerian selaku pengawal manakala jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah kementerian ini termasuk beberapa jabatan serta agensi yang berkaitan bertanggungjawab untuk melaksanakan program mengikut kategori bersesuaian dalam kumpulan-kumpulan sasar yang terpilih sebagai penerima.

"Saya juga difahamkan bahawa Program 1Azam ini, dilaksanakan untuk kumpulan-kumpulan sasar dengan menekankan bantuan kepada bidang-bidang usaha yang boleh membawa pulangan cepat seperti tanaman dan pemprosesan makanan, ternakan ikan, ternakan haiwan serta perusahaan kedai runcit," ujarnya.

Sempena program berkenaan, seramai 84 orang yang merupakan penerima telah menerima pelbagai bantuan untuk peringkat daerah Kinabatangan yang antara lain melibatkan bantuan pertanian; perikanan; ternakan; nelayan; koperasi dan peruncitan.

Hadir sama Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Haji Musbah Jamli; Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman; Adun Kuamut, Masiung Banah; Pengarah Pertanian Sabah, Datuk M.C Ismail Salam dan Pegawai Daerah Kinabatangan, Arisin Aripin.

11 comments:

  1. Hopefully all those who receive aids under the 1 Azam program will be able to make the best of the opportunities given in each field such as agriculture, fishery and business.

    ReplyDelete
  2. The people must take this opportunity to bring themselves out of poverty, look at these as long term opportunity rather than short term relief.

    ReplyDelete
  3. dgn bantuan ini, pasti ia dpt membantu penduduk dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah pasti membantu sedikit sebanyak penduduk yang menerima bantuan tu.

      Delete
    2. namun, kalau tiada usaha sendiri dan hanya terus bergantung pada bantuan kerajaan saja ia tidak akan berhasil.

      Delete
  4. Diharap bantuan kerajaan boleh membantu penduduk setempat dalam menaiktarafkan ekonomi mereka.

    ReplyDelete
  5. jika dimanfaat semaksimum mungkin oleh rakyat sudah pasti mereka yang telah terlibat dalam program ini mampu untuk maju ke depan dan keluar dari kemiskinan mereka.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan mengambik serius mengenai pembasmian kemiskinan di Sabah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar. Cuma perlukan masa yang panjang untuk laksanakannya. Pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan saja yang suka timbulkan spekulasi.

      Delete
  7. peruntukkan sebanyak rm120 juta itu, jika dirancang dengan baik, pasti dapat menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri ini..

    ReplyDelete
  8. kumpulan sasaran juga perlu memberikan kerjasama baik bagi menjayakan program kerajaan ini.. bantuan yang dihulurkan, jika tidak dimanfaatkan dengan baik, tukar kerajaan berkali2 pun belum tentu mampu menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri ini..

    ReplyDelete