Wednesday 8 February 2012

RM120 JUTA UNTUK 1AZAM DI SABAH

SEBANYAK RM120 juta diperuntukkan untuk Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) dalam usaha membasmi kemiskinan di negeri Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Yahya Hussin.

Beliau berkata peruntukan daripada kerajaan pusat itu membabitkan dua fasa yang pertama pada 2010 berjumlah RM40 juta dan kedua pada tahun lepas berjumlah RM80 juta.

Sejumlah 12,500 Ketua Isi Rumah (KIR) di negeri ini telah disasar untuk dibantu di bawah program itu bagi kedua-dua fasa tersebut, katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan 1Azam kepada 83 penerima di Kinabatangan, Selasa.

"KIR yang layak adalah daripada kalangan golongan miskin berpendapatan kurang RM950 sebulan dan miskin tegar berpendapatan kurang RM550," katanya.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata membasmi kemiskinan tegar di luar bandar khususnya KIR berpendapatan rendah merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Yahya mengingatkan penerima bantuan melaksanakan projek yang diberikan dalam membantu menambah pendapatan sedia ada dan menaikkan taraf sosio ekonomi mereka.

Beliau mahu jabatan dan agensi pelaksana program itu dapat membimbing dan memantau penerima program agar matlamat yang ditetapkan kerajaan untuk mengurangkan kemiskinan dapat dicapai. (BERNAMA)

15 comments:

  1. I hope this 1 Azam welfare program will be able to help the hardcore poor to lessen their burdens, it is not easy to survive nowadays with an income that is less than RM550 a month, especially for a large household.

    ReplyDelete
    Replies
    1. As unfortunate as these group of people are, they need to change their mindset and improve themselves. In the long run out of the clutches of poverty.

      Delete
  2. The government must continue to take more initiatives to help those who are in need. Other than short terms solutions like the aids distribution, some long term solutions are also needed to put the poverty cycle to an end.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perhaps with the introductions of entrepreneurship in rural industries courses can help to make these low income group more financially independent.

      Delete
    2. penduduk harus digalakkan menceburi bidang perniagaan, gunakan sumber yang ada sebaiknya untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

      Delete
  3. peruntukan yang dberikan untuk 1Azam harus digunakan sebaiknya untuk membantu golongan miskin.

    ReplyDelete
  4. government had given plenty of assistance to the low-income group in order to improve their standard of living and he therefore hoped that they would maximise the help given to them.

    ReplyDelete
  5. Awareness and a strong will to change to improve income and livelihood must come from one own desire. Otherwise, one can never escape from the poverty trap

    ReplyDelete
  6. bantuan kerajaan ni janganlah dijadikan poin utama untuk mengubah hidup. sebenarnya, semua itu berasal dari diri sendiri juga. usahakan apa yang termampu dan yang selebihnya akan dicukupkan melalui bantuan2 seperti program 1Azam ini.

    ReplyDelete
  7. program yang sangat baik untuk membantu mereka yang benar2 tergolong dalam status miskin. semoga kadar kemiskinan di Sabah ini dapat dikurangkan dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  8. Baguslah..Teruskan usaha membantu sabah keluar dari kelompok kemiskinan.

    ReplyDelete
  9. Rasanya jika 1Azam ini dilakukan sepenuhnya pasti akan dapat membantu penduduk Negeri Sabah ini. Kenal pasti mereka yang benar-benar memerlukan bantuan ini.

    ReplyDelete
  10. kerajaan perlu merancang sesuatu program yang mempu menjana ekonomi penduduk secara berterusan.. kelompok sasaran juga perlu menerima setiap program kerajaan ini tanpa terpengaruh dengan hasutan pihak lain..

    ReplyDelete
  11. dengan jumlah penduduk miskin di negeri ini, saya rasa nilai peruntukkan itu masih tidak mencukupi.. saya harap lebih banyak peruntukkan disalurkan ke negeri ini dengan membawa pelbagi inisiatif yang mampu meningkatkan sosio ekonomi penduduk di negeri ini..

    ReplyDelete
  12. Biarlah bantuan ini diberikan kepada mereka yang benar2 penduduk asli Sabah. Bukan PATAI. Jumlah tersebut masih belum mencukupi namun tentu akan ada penambahan peruntukan dari masa ke masa.

    ReplyDelete