Friday 10 February 2012

RM36 JUTA UNTUK 10,000 PESERTA 1AZAM

SEBANYAK RM36 juta dibelanjakan tahun lepas bagi membayar elaun bulanan 1Azam kepada lebih 10,000 peserta di Sabah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata pembayaran elaun itu dibuat menerusi pelbagai program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup golongan sasaran di bawah sistem e-Kasih.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga giat melaksanakan projek Mini Estet Sejahtera (Mesej), Program Bantuan Rumah (PBR), Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Projek Peningkatan Ekonomi Setempat dan projek agropolitan di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

"Setakat 3 Feb, sejumlah 2,397 buah rumah bina baru di bawah PBR disiapkan di bawah fasa 1, sementara 308 buah daripada 350 buah rumah di bawah fasa 2 telah disiapkan oleh pejabat-pejabat daerah, daerah kecil dan juga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu serta Majlis Perbandaran Sandakan dan Tawau," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri di sini Khamis.

Musa berkata daripada 2,531 projek baik pulih rumah yang diluluskan di bawah PBR tahun lepas, 361 rumah telah siap dibaik pulih dan 239 lagi sedang dilaksanakan.

Sebanyak 1,400 rumah bina baru dan 1,992 rumah baik pulih diluluskan untuk tahun ini. Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan negeri telah membuat permohonan agar projek baik pulih rumah itu ditukar kepada projek bina baru.

Di samping itu, Musa berkata 150 rumah disiapkan melalui peruntukan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk Mesej Akualkultur Nala di Tungku, Lahad Datu dan kini diduduki 62 Ketua Isi Rumah Miskin Termiskin (KIRMT).

Beliau berkata terdapat 29 Mesej kelapa sawit dan getah sedang dalam pelaksanaan di seluruh negeri yang mana tiga daripadanya iaitu Pulau Sebatik di Tawau, Bunang di Sook dan Kampung Lanung di Tongod diduduki KIRMT.

Lebih 1,700 KIRMT akan mendapat faedah daripada pelaksanaan Mesej dan Mesej Mikro di seluruh negeri apabila siap sepenuhnya, katanya.

13 comments:

  1. The Sabah State government must continue to eradicate poverty within the state, in God's will we can achieve zero hardcore poverty.

    ReplyDelete
  2. All efforts to help the poor is much appreciated, I'm sure the poor can benefit from one of these programs to target their needs.

    ReplyDelete
  3. Hopefully all the programs that have been mentioned here will further eradicate poverty within the state.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah. Hopefully can reduce poverty eradication rates

      Delete
    2. apapun, rakyat juga kena berusaha sendiri. kalau hanya bergantung dengan kerajaan, kemiskinan tidak akan dapat dibasmi.

      Delete
  4. This also demonstrate that the government is sincere to create a caring society

    ReplyDelete
    Replies
    1. Government always look forward people of Sabah.

      Delete
    2. memang sesuailah program seperti ini dengan slogan 'rakyat didahulukan...'

      Delete
  5. dgn ini ia dpt membantu penduduk miskin meningkat taraf hidup mereka.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan memang begitu prihatin dengan penduduk Sabah. Maka teruskan usaha lagi untuk membantu penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  7. dibawah pentadbiran Najib, banyak bantuan yang dihulurkan kepada rakyat yang tidak berkemampuan.. ini jelas menunjukkan fokus beliau kepada kesulitan yang dihadapi oleh rakyat miskin di negara ini..

    ReplyDelete
  8. jika Pakatan mewar2kan negara berkebajikan sekiranya mereka merampas tampuk pemerintahan negara ini, sesungguhnya kerajaan hari ini lebih dulu melaksanakannya..

    ReplyDelete
  9. Usaha untuk membasmi kemiskinan di Sabah ini adalah satu proses yang berterusan.

    ReplyDelete