Friday 17 February 2012

ROSMAH TIDAK SENANG DWISTANDARD



ISTERI Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membidas sikap dwi-standard masyarakat dalam perbandingan sifat-sifat di antara lelaki dan wanita.

"Sering kali apabila seorang wanita tegas beliau dilihat sebagai menyusahkan. Ada kalanya, beliau dituduh mengawal suaminya.

"Namun, apabila seorang lelaki menunjukkan sifat tegas, beliau dipuji dan dikatakan mempunyai keyakinan diri sendiri," kata Rosmah kepada kira-kira 250 hadirin yang terdiri dari wakil dunia korporat semasa ucaptamanya pada Forum Kepimpinan Wanita.

Beliau memetik perkara itu semasa menjelaskan mengapa tidak terdapat banyak wanita bertindak sebagai ‘Game Changers' atau ‘Pengurup Permainan' dalam perniagaan, seperti pengasas bersama Apple Steve Jobs, pengasas Microsoft Bill Gates dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Katanya, walaupun separuh daripada penduduk dunia adalah wanita, namun peranan mereka adalah kecil.

Merujuk, majalah Time dan The Huffington Post baru-baru ini yang menerbitkan ruangan khas bagi ‘Game Changers' hanya terdapat satu usahawan wanita di kalangan mereka pengasas Code for Amerika, Jennifer Pahlka.

7 comments:

  1. Gender Equality is still not the norm in this country. Why couldn't a female become Prime Minister?

    ReplyDelete
  2. lelaki dan wanita mempunyai kedudukan yang sama rata.

    ReplyDelete
  3. wanita kena buktikan bahawa mereka juga mampu mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
  4. Suami adalah ketua rumah dan perlulah lebih tegas dari isteri dan memainkan peranan dalam keluarga.

    ReplyDelete
  5. Suami adalah ketua rumah dan perlulah lebih tegas dari isteri dan memainkan peranan dalam keluarga.

    ReplyDelete
  6. jika wanita mampu dan boleh berdiri sama tinggi dengan lelaki, bermakna wanita juga mampu melakukan semua yang boleh dilakukan oleh lelaki.. dan jika wanita boleh berdiri sama tinggi dengan lelaki, bermakna tidak perlu ada kelebihan atau keistimewaan kepada mana2 pihak baik lelaki mahupun wanita..

    ReplyDelete