Monday 13 February 2012

ROYALTI MINYAK, KENAPA MINTA 20%?



Oleh : MUTALIB M.D

KETIKA menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga, saya berpeluang membaca minda cendikiawan Malaysia yang berkata, "Kita semua hendaklah menyedari, bahawa realitinya, kita sekarang sebenarnya sedang berada dalam suasana perang. Perang yang dimaksudkan, bukanlah peperangan yang melibatkan penggunaan senjata, tetapi 'Peperangan Idea' dan 'Peperangan Ideologi'.

Cendikiawan yang saya maksudkan ialah Dato' Fuad bin Tan Sri Hassan (gambar bawah), Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menegaskan ‘Perang Idea’ yang sedang berlangsung ini sangat bahaya kerana ia berlaku dalam keadaan masyarakat yang diserang dengan pelbagai idea itu, tidak menyedari hakikat bahawa mereka sebenarnya sedang diserang bertubi-tubi sepanjang masa.

Kata Fuad, keadaan ini, akhirnya menyebabkan berlakunya satu gelombang perubahan dalam masyarakat, seperti yang dikehendaki oleh pihak-pihak berkepentingan yang melancarkan ‘Perang Idea’ tersebut.

Keberlangsungan ‘Perang Idea’ ini, tegas Fuad, dinyatakan dengan jelas, antaranya oleh Cheryl Bernard dan Angel Rabasa pada tahun 2007, dalam laporan mereka yang bertajuk 'Building Moderate Muslim Networks'.

Cheryl Bernard mengatakan, bahawa perang sebenar yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini, bukanlah perang senjata, tetapi perang idea. Menyedari hakikat ini, beliau menyarankan pentadbiran Amerika Syarikat, supaya membentuk jaringan dengan golongan Muslim liberal dan moderat, untuk mempengaruhi umat Islam supaya menyokong agenda Barat.

Dalam konteks politik domestik, ‘Perang Idea’ ini berlaku dengan begitu hebat dan rancak serta tanpa henti. Pelbagai idea baru dilontarkan dan dipasarkan di pasaran idea tempatan, melalui teknologi maklumat yang serba canggih.

Kerancakan ‘Perang Idea’ ini menyebabkan di hadapan masyarakat Negara kita, sedang terhidang lambakan idea yang pelbagai dan rencam.

Yang terbaru, ialah idea 'Negara Berkebajikan' yang diutarakan oleh PAS yang menjadi tajuk wacana perbincangan kita pada hari ini yang merupakan kesinambungan kepada ‘Perang Idea’ yang telah lama berlangsung dalam gelanggang politik tanah air.

Kata Fuad, lontaran idea-idea ini perlu diberi perhatian, kerana dalam ‘Perang Idea’, biasanya idea-idea yang diutarakan itu merupakan peluru dalam perang yang dikemukakan dalam bentuk yang tulus, murni dan indah.

Namun, di sebalik ketulusan dan kemurnian idea-idea itu, kata Fuad, ada agenda lain yang ingin dicapai yang selari dengan kepentingan pihak-pihak tertentu. Lihat saja idea Hak Asasi Manusia. Ia adalah idea yang baik dan kita menyokong serta mempraktikkannya di Negara ini.

Tetapi, idea seperti yang dikehendaki oleh sesetengah pihak di Barat, kata Fuad, menuntut supaya diberikan kebebasan mutlak kepada setiap individu, sehingga membolehkannya mencabul segala norma dan nilai agama, akhlak serta budaya. Kesemua idea di atas dinamakan 'Hak Asasi Manusia!'

Mujurlah kata Fuad, kita menyedari hakikat ini, menyebabkan kita tidak menerima secara total idea Hak Asasi Manusia yang dijuarai Barat ini.

Contoh lain bagi satu idea yang zahirnya nampak tulus dan murni, ialah idea yang pernah dilontarkan oleh Muhammad Khalafullah, seorang sasterawan Arab dan pakar dalam Bahasa Arab.

Beliau telah melontarkan idea yang menyatakan (al-Quran Kitābun Adabiyyun al-Akbar) :

القُرْآنْ كِتَابٌ أَدَبِيٌ الأَكْبَرْ

Yang bermaksud, “Al-Quran adalah Kitab Sastera Yang Terulung”.

Idea ini kata Fuad, sungguh memukau sesiapa sahaja yang beragama Islam, kerana ia menyanjung tinggi kitab suci mereka, iaitu Al-Quran. Namun, ramai yang tidak sedar racun yang terkandung dalam idea ini.

Ini kerana, idea tersebut, tegas Fuad, tanpa disedari oleh orang yang mengkaguminya, telah meletakkan Al-Quran sebagai sebuah 'Kitab Sastera'. Jika demikian keadaannya, maka Al-Quran adalah sama seperti kitab sastera yang lain. Oleh itu, ia boleh dipertikai dan boleh dikritik seperti mana-mana karya sastera yang lain.

Menyentuh perang idea yang sedang berlangsung menjelang Pilihanraya Umum Ke-13, pada saya mungkin lebih hebat kerana kita tidak tahu senjata apa yang bakal digunakan oleh Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan Kuasa Ketiga yang menangguk di air keruh.

Kebanjiran janji pemimpin BN adalah lumrah dalam politik, tetapi semburan 'ludah' pembangkang mungkin mampu memukau jika pemimpin BN yang diturunkan kelak daripada spesis 'Jerung' atau 'Anaconda' yang selama ini hanya menunggu untuk menyambar umpan dalam bentuk projek dan mengkhianati rakyat.

Ramai pemimpin Sabah pasti akan 'dikembiri' oleh rakyat, terutama yang suka mengilatkan kasut Perdana Menteri, Ketua Menteri dan Yang DiPertua Negeri; atau pemimpin pembangkang yang berjanji lunak; lembut gigi daripada lidah, tetapi berliur basi.

Sebagai rakyat Sabah, saya berkecuali dengan pelbagai isu yang ditimbulkan pembangkang dan dipertahankan BN kerana saya berpendapat mereka mempunyai hak untuk menegakkan hujah masing-masing.

Tetapi saya bertanya kepada diri sendiri, kenapa ada pihak yang menjadikan isu 'Royalti Minyak' sebagai janji mulus untuk memberikan lebih daripada 5% apa yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan selama ini?

Menurut siasatan saya, Petronas telah membelanjakan 80% daripada hasil petroleum untuk kerja mencarigali dan kos operasi. Anggap sahaja harga minyak mentah dunia pada kadar RM100 setong. Petronas telah mengeluarkan kos RM80 untuk mendapatkan setong minyak dan hanya berbakinya RM20. RM5 telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai royalti dan RM10 lagi diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menanggung kos subsidi minyak sejumlah RM90 billion setahun; manakala RM5 lagi adalah untung kasar Petronas untuk biasiswa dan sebagainya.

Oleh itu, jika Petronas menyerahkan RM20 atau 20% kepada Sabah, apakah keuntungan yang diperolehi Petronas, sedangkan Petronas memerlukan dana untuk meneruskan kerja dan kontrak carigali di 46 negara di dunia? Bagaimana Petronas mahu membiayai subsidi minyak yang semakin meningkat?

Sebagai generasi matang rakyat Sabah, saya masih tertanya-tanya apa relevannya pihak tertentu memperdaya rakyat Sabah dengan isu kenaikan royalti minyak sedangkan isu ini sukar untuk dibuktikan secara logik, melainkan prasangka jahat terhadap Kerajaan Persekutuan yang didakwa bersikap tidak adil kepada rakyat Sabah.

Pada pandangan saya, jika kesemua 222 orang Ahli Parlimen Malaysia dan 60 Adun Sabah membawa isu ini di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sabah, masalah royalti minyak ini boleh selesai sekelip mata; berbanding memperjuangkannya di jalan raya atau melalui demonstrasi.

Selain royalti, Petronas mungkin boleh menambah pakej menarik untuk Sabah; terutama Projek Gas di Kimanis dalam bentuk ekuiti atau memberi saham kepada setiap rakyat Sabah sebagaimana peranan Yayasan Sabah di era Tun Mustapha; memberi dividen tunai di atas keuntungan balak Yayasan Sabah.

Janganlah Petronas terlalu cerewet, tidak tahu berterima kasih dan bangga dengan projek mega mereka kerana rakyat Sabah berhak terhadap setiap titik minyak dan gas asli yang dilombong di negeri ini dan wilayah kedaulatan Sabah.

Tidak ada gunanya melancarkan 'Perang Idea' jika yang mendapat kehancuran ialah rakyat jelata Sabah yang tidak berdosa, sekalipun Buku 'JINGGA' menjanjikan 'Syurga' namun sebelum ini, 'Buku Hijau dan Buku Merah' telah melaksanakan segala-galanya; tetapi oleh kerana kita mudah lupa, maka kita berbangga dengan 'Ciptaan Kita' yang tidak seberapa demi untuk survival politik kita untuk menawan PUTRAJAYA!

(NOTA : Pandangan penulis tidak semestinya pandangan Sabahkini.net dan beliau bertanggung jawab penuh terhadap hasil tulisannya.)

14 comments:

  1. Some of the explanation does make sense, Sabah relied entirely on Petronas to pump the petroleum, process it and market it to the consumers.

    ReplyDelete
  2. Well, unless Sabah handle all the process of turning Petroleum into oil and sell it out all by ourselves, we can earn all the profits and bear all the cost and losses.

    ReplyDelete
  3. pada masa sekarang mmg berlaku perang idea, perang ini amat sengit dan kita perlu bijak untuk mememangi perang ini.

    ReplyDelete
  4. pemberian royalti kepada Sabah mmg perlu, tapi ia biarlah bersesuaian dgn pendapatan PETRONAS.

    ReplyDelete
  5. Setiap parti meminta royalti yang berbeza, macam mana kita boleh mencapai perjanjian yang sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang yang belumba-lumba memancing undi rakyat Sabah. royalti 20% - 70%. Rakyat pasti akan mendesak kerajaan dan mulai sangsi terhadap kerajaan. Pembangkang hanya cakap saja.

      Delete
    2. pembangkang berjanji bukan mengikut kemampuan mereka. 20% tu hanya mengburi mata rakyat.

      Delete
  6. Biasalah parti2 pembangkang akan memberi janji2 manis mengenai royalti minyak di Sabah. Janji2 mereka tu akan mendesak rakyat untuk mendesak kerajaan. Pada hal belum tentu lagi janji2 mereka tu dapat dilaksanakan. Berjanji memang senang tapi pelaksanaan belum tentu tercapai.

    ReplyDelete
  7. idea negara kebajikan yang diutarakan oleh PAS tidak mungkin dapat dilaksanakan di Malaysia.Agak-agaklah pelan tu relevan dan mampu dicapai atau sebaliknya, bukan semata2 mahu mendapatkan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  8. Menurut siasatan saya, Petronas telah membelanjakan 80% daripada hasil petroleum untuk kerja mencarigali dan kos operasi. Anggap sahaja harga minyak mentah dunia pada kadar RM100 setong. Petronas telah mengeluarkan kos RM80 untuk mendapatkan setong minyak dan hanya berbakinya RM20. RM5 telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagai royalti dan RM10 lagi diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk menanggung kos subsidi minyak sejumlah RM90 billion setahun; manakala RM5 lagi adalah untung kasar Petronas untuk biasiswa dan sebagainya.

    Saya suka dengan penjelasan yang diberikan ini. Maka kepada mereka yang mahu memperjuangkan subsidi fahami dulu apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  9. agaknya pemimpin2 pembangkang tahu ka dengan jumlah sebenar kos mencarigali dan operasi petronas sehingga boleh memberikan royalti begitu tinggi kepada negeri ini?? atau sengaja menyembunyikan perkara ini semata2 mahu mengaburi mata rakyat??

    ReplyDelete
  10. para pemimpin2 politik berperang idea, rakyat pula terus dikelirukan dengan pelbagai idea yang kadang2 nampak logik dan kadang2 nampak mustahil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlukan pemahaman yang teliti tentang keadaan sebenar pengurusan minyak di Sabah ni. Ahli2 politik suka putar belit untuk dapatkan sokongan rakyat semata-mata.

      Delete