Friday 3 February 2012

SABAH ALAMI GANGGUAN ELEKTRIK 2 MINGGU

GANGGUAN elektrik akibat kerja penyelenggaraan yang sedang dilaksanakan di seluruh Sabah sejak 30 Jan lepas dijangka berlarutan sehingga dua minggu lagi.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ahmad Fuad Md Kasim berkata syarikat itu terpaksa menggunakan Pengurusan Bahagian Permintaan (DSM) bagi meminimumkan kesan kehilangan kapasiti janaan kuasa sebanyak 152 MW dalam grid Sabah.

"Penggunaan DSM adalah untuk menampung permintaan bekalan elektrik di Sabah yang diyakini akan memberikan impak positif terhadap kestabilan bekalan elektrik sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Ahmad Fuad menasihatkan orang ramai agar bijak dalam menggunakan tenaga elektrik bagi mengelak pembaziran sumber tenaga. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment