Monday 13 February 2012

SABAHKINI.NET TIDAK PERNAH LANTIK AGEN



Oleh : JAYANTHI GEETHA SUKUMARAN

SABAHKINI.NET tidak pernah melantik agen untuk memungut derma bagi Tabung Amanah Sabahkini.net atau menempah iklan di Sabahkini.net kerana semuanya boleh dilakukan di atas talian.

Ketua Editor Sabahkini.net dan Ketua Panel SabahkiniTV, Mutalib M.D memaklumkan ada tokoh tertentu menghubungi beliau bahawa mereka didatangi individu tertentu yang meminta derma dan jualan Iklan bagi pihak Sabahkini.net.

Sehubungan itu, Mutalib menasihati jika mereka didatangi oleh 'penyamar' ini, sila buat laporan polis segera agar dapat diambil tindakan undang-undang. Mutalib turut menarik perhatian ada individu yang menghantar artikel kepada Sabahkini.net dan apabila artikel mereka tersiar, telah meminta wang daripada tokoh tertentu sebagai 'pengkeras'.

"Ada juga yang menyalahgunakan kebebasan Sabahkini.net untuk melakukan peras ugut dengan meminta wang daripada tokoh tertentu, jika tidak tingkahlaku buruk mereka akan didedahkan melalu Sabahkini.net," kata Mutalib yang mengingatkan agar penulis sambilan atau penyumbang tetap artikel tidak meneruskan agenda jahat mereka.

Kata Mutalib, setelah artikel tersebut disiarkan, Sabahkini.net tidak akan menarik balik melainkan dengan perintah mahkamah.

"Kita kesal kerana ada pihak termasuk tokoh politik ternama menjadikan Sabahkini.net sebagai sumber mencari makan kerana setelah artikel mereka tersiar di Sabahkini.net, sama ada yang mereka tulis sendiri atau 'Ghost Writer', mereka hilang begitu sahaja setelah menerima bayaran daripada musuh mereka sedangkan artikel mereka hanya separuh jalan. Selepas itu mereka lenyap begitu sahaja dan tidak dapat dihubungi lagi," kata Mutalib yang kesal dengan sikap individu yang tidak bermoral ini.

Walaupun tidak mendapat sumbangan dana daripada mana-mana pihak termasuk pembaca kerana Sabahkini.net tidak mengenakan sebarang bayaran, namun Mutalib menegaskan beliau terpaksa membelanjakan apa sahaja simpanan yang ada dan bantuan rakan-rakan yang simpati kepada Sabahkini.net untuk meneruskan Sabahkini.net dan cuba bertahan sehingga Pilihanraya Umum ke-13.

"Saya rasa tidak berbaloi meneruskan laman web ini kerana tidak mendapat sebarang sokongan moral dan penghargaan daripada rakyat Sabah. Apa yang saya terima hanyalah cacian, ugutan dan tindakan pihak berkuasa," kata Mutalib yang membayangkan akan berhijrah ke luar negara selepas pilihanraya umum ke-13.

Mutalib turut menegaskan pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan blog yang menggunakan nama yang sinonim dengan Sabahkini melainkan http://sabahkinimirror.blogspot.com; melainkan diwujudkan pihak musuh media untuk menjatuhkan Sabahkini.net.

7 comments:

  1. Thanks for clarifying this, hopefully no Sabahkini readers fall for this sort of scam.

    ReplyDelete
  2. Is is clearly immoral and goes against all the cannons of journalism in Malaysia.

    ReplyDelete
  3. nampaknya pihak yang mengambil kesempatan dan menggunakan nama Sabahkini untuk membuat penipuan.

    ReplyDelete
  4. Ada juga orang macam tu. Memang patut kena tangkap polis. bikin rosak imej saja.

    ReplyDelete
  5. Inilah orang yang suka ambil kesempatan dalam kesempitan.

    ReplyDelete
  6. Maka jangan tertipu dengan mereka yang mencari keuntungan dengan menjual nama orang lain.

    ReplyDelete
  7. berpengaruhnya Sabahkini sehingga ada pihak yang cuba mengaut keuntungan disebalik populariti mereka..

    ReplyDelete