Friday 17 February 2012

SAMPAI BILA BERSEKOLAH DI SK KUBANG KERBAU?



KUBANG..... SK Kalang Kanar ketika sekolah tersebut dilanda banjir tahun 2011.

Oleh : THAMPAREQ KITOES

NAIB Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman Mairi mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini untuk membina beberapa sekolah, termasuk 25 sekolah baru di Sabah.

Katanya, dengan perkembangan terbaru itu, Rudy menggesa agar Sekolah Kebangsaan SK Kalang Kanar yang sebelum ini dikategorikan berkeadaan tidak selamat kerana sering dilanda banjir dalam tempoh lebih 10 tahun lalu, diberi keutamaan khas.

Rudy berharap agar masalah yang berlarutan di sekolah tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin supaya program pembelajaran termasuk ko-kurikulum dapat dijalankan dengan semaksima yang mungkin apabila berada di sekolah baru yang serba lengkap dan luas kelak.

Beliau menegaskan, tidak ada sebabnya pemindahan sekolah itu ke tapak baru yang lebih kondusif dilewat-lewatkan sedangkan lawatan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ke sekolah berkenaan sekitar tahun 2010 memang pada dasarnya dipersetujuinya.

Malahan tambah Rudy, wakil rakyat (Adun) pembangkang Datuk Liew Teck Chan telah membangkitkan masalah sekolah berkenaan ketika persidangan DUN Sabah sekitar tahun 2010, namun selepas itu tidak tanda-tanda tindakan kerajaan selepas itu.

Rudy yang juga merupakan Pengerusi Pergerakan Pemuda SAPP zon Pedalaman dan Ketua Pemuda CLC Melalap berkata, memang tidak dapat dinafikan bahawa persoalan pokok untuk meluluskan pembinaan sekolah baru berkisar kepada masalah pemilikan tapak.

Bagaimana pun katanya, kerajaan mempunyai kuasa mutlak yang terdapat didalam Ordinan Tanah untuk 'aquire' tanah secara 'Force Aquisition' untuk tujuan penempatan tapak sesuatu agensi kerajaan yang dikategorikan sebagai mustahak.

“Lagi lama masalah ini selesai, selagi itulah anak-anak murid di sekolah ini berkubang seperti kerbau dan menanggung derita atas kecuaian Kementerian Pelajaran sehingga mereka mundur dari segi pembelajaran. Tetapi siapakah yang mahu bertanggung jawab, kalau bukan kerajaan?” tegas Rudy.

10 comments:

  1. Hopefully those unsafe school buildings in unsafe areas will be relocated to more suitable grounds so that the students can have a safer environment to study in.

    ReplyDelete
  2. The ministry of education must take actions to improve not only the quality of education but also the environment that students studied in.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Para pelajar perlukan keadaan yang kondusif bagi mereka untuk belajar dengan selesa.

      Delete
  3. sekolah yang didapati tidak selamat harus diberi perhatian dan perlu dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

    ReplyDelete
  4. Semoga diberikan tumpuan kepada Sekolah yang kerap menghadapi masalah diberikan perhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beri perhatian dan peruntukan pada sekolah2 yang sering mengalami kerosakan.

      Delete
  5. semoga pemindahan sekolah ini dapat dipercepatkan ke kawasan yang lebih baik dan selamat.

    ReplyDelete
  6. jika bagi Rudy mudah untuk mendapatkan tapak baru, kenapa bukan Rudy sendiri saja yang cari?? cari la mana2 tapak yang available.. itupun kalau tidak ada bantahan penduduk kampung sekitar la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rudy patut fikir dulu sebelum keluarkan kenyataan.

      Delete
  7. daripada membuka tapak baru yang tentunya menelan belanja yang besar, kenapa tidak usahakan untuk memperbaiki kawasan sekolah sedia ada? cuba cari apa punca yang menyebabkan banjir kerap berlaku di kawasan itu..

    ReplyDelete