Monday 13 February 2012

SAMPAI BILA KAMI GUNA JAMBATAN 'TARZAN'?



BAHAYA....Walaupun keadaannya membahayakan, titian sementara terpaksa juga dibina demi keselesaan anak-anak sekolah menyeberangi sungai itu daripada berulangkali membuka kasut dan stokin.

Oleh: JACKSON LU

"SAMPAI bila kami mahu menunggu janji untuk membina jambatan di Sungai Oloson dan menaiktaraf jalan raya ke Kg Langsat, Melalap? Lihatlah jambatan ini yang hanya layak digunakan 'Tarzan'," ujar seorang penduduk kampung, Felix Pirus, 41, yang terkilan dengan sikap Wakil Rakyat yang mengabaikan kebajikan penduduk.

Tegas Felix, penduduk kampung memohon agar kerajaan menaiktaraf jalan babi dan membina jambatan di Sungai Oloson yang berarus deras jika banjir sejak 2009 lagi, tetapi projek yang kononnya akan dimasukkan ke dalam projek NKRA hanya menjadi tempat permainan 'kera' sahaja.

Masalah tersebut kata Felix telah berulang kali diajukan Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Marius Umbul, namun sehingga kini masalah tersebut masih tidak berubah.

“Kalau pun jalanraya tidak dapat dibaiki termasuk pembinaan sebuah jambatan kekal, memadailah jikalau sebuah jambatan gantung dibina di situ. Sebaliknya pula isu ini terus senyap tanpa khabar berita,” kata Filex yang juga salah seorang anggota Angkatan Tentera (ATM) yang sedang bercuti dan meinta gambarnya tidak disiarkan.

Paling menyedihkan kata Felix, kanak-kanak sekolah yang menjadi mangsa keadaan kerana terpaksa membuka kasut dan stokin setiap kali menyeberang Sungai Oloson keran jambatan bambu yang mereka bina sering dihanyutkan arus.

"Manakala ketika musim banjir, 4 buah rumah terperangkap selama beberapa hari kerana tidak dapat keluar ke jalan utama disebabkan tiada akses lain,“ tambahnya.

Dalam pada itu, Pemaju Mukim Melalap, Sidekly Sunggin ketika dihubungi menjelaskan bahawa perkara tersebut telah pun dimajukan ke Pejabat Daerah (Luar Bandar) untuk memohon kelulusan pelaksanaannya; namun kelewatan berlaku disebabkan birokrasi pejabat yang terpaksa dipatuhi sebelum sebarang kelulusan dikeluarkan.

Bagaimanapun, Sidekly meminta pihak berkenaan khususnya penduduk terbabit agar bersabar kerana beliau akan terus melakukan tindakan susulan ke atas permohonan tersebut sehingga mendapat kelulusan mutlak.

Sementara itu, beberapa pihak termasuk pembangkang menyifatkan masalah di situ agak serius dan perlu tindakan segera dilakukan pihak kerajaan sebelum sesuatu perkara buruk berlaku terhadap harta dan nyawa penduduk di situ.

Mereka turut mempertikaikan keberkesanan dan keseriusan kerajaan melaksanakan slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” sepertimana yang dilaung laungkan Perdana Menteri, Dato’Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

11 comments:

  1. This is really pathetic to see people have to use this 'temporary' bridge just to cross over to the other side of the river.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the local MP's will help the villagers to build a permanent bridge as this temporary bridge made with Bamboos are not entirely safe to be used.

    ReplyDelete
  3. People first, performance now. Walk the talk! The government must always do their best for the people.

    ReplyDelete
  4. Kesian rakyat yang terpaksa menggunakan jambatan macam ini. Harap jambatan yang lebih baik akan dibina.

    ReplyDelete
  5. wakil rakyat sudahkah merujuk perkara ni kepada kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakil rakyat harus berusaha menyelesaikan masalah dan peka dengan kerisauan penduduk.

      Delete
  6. teruk betul jambatan tersebut, pihak kerajaan harus bina jambatan yag lebih baik untuk penduduk.

    ReplyDelete
  7. Segerakan peruntukan supaya pembinaan jambatan dapat dibina.

    ReplyDelete
  8. Wakil rakyat perlu turun padang dan melihat akan rintihan penduduk Kampung tersebut.

    ReplyDelete
  9. kerajaan tidak sepatutnya mempunyai masalah menyelesaikan tuntutan2 di kawasan luar bandar pada tahun ini kerana negeri ini telah menerima suntikan dana yang besar bukan sahaja dari persekutuan malah dari kerajaan negeri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang bertugas di peringkat pelaksanaan kena lebih proaktifn dan peka.

      Delete