Thursday 23 February 2012

SAPP PERJUANGKAN NCR DAN EKONOMI NEGERI

OPTIMIS.... Yong Teck Lee optimis BN pasti tumbang pada PRU13 jika jentera pilihanraya kukuh dan mantap.

Oleh : THAMPAREQ KITOES

PRESIDEN Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menegaskan bahawa parti itu akan terus membela nasib rakyat yang tertindas kerana masalah rampasan tanah dan hak asasi tanah anak negeri (NCR) seperti yang berlaku di Kinabatangan, Serudong Tawau, Kudat, Tenom dan di Lahad Datu setelah parti itu diberi mandat rakyat membentuk kerajaan baru selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, rakyat cukup menderita jika keadaan sebegini berterusan apabila hak rakyat yang miskin terus tertindas setelah tanah mereka dirampas, rumah mereka dirobohkan oleh syarikat gergasi dari luar Sabah. Malangnya, pihak berkuasa, khususnya PDRM tidak berbuat apa-apa.

Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan sempena Majlis Penerangan Dasar Reformasi Tanah Dan Pelan Perancangan Ekonomi Sabah yang dihadiri para ahli SAPP CLC Melalap dan Kemabong yang dihadiri kira-kira 300 orang di perkarangan Hotel Perkasa, Tenom, baru-baru ini.

Hadir sama di majlis itu, Penasihat SAPP yang juga bekas Menteri Kewangan semasa era kerajaan Parti Berjaya Datuk Haji Mohd Noor Mansor; Timbalan Presiden SAPP Datuk Eric Mojimbun (Penceramah Dasar Tanah); Adun Luyang Melanie Chia (Penceramah Ekonomi); Timbalan Speaker Dun Datuk Frankie Chong; Adun Likas Datuk Liew Teck Chan; para AMT SAPP dan Ketua Ketua CLC.

Selain itu, Beliau turut menolak tanggapan umum bahawa program Forest Management Unit (FMU) yang ditubuhkan sekitar tahun 1998 sebagai satu penyalahgunaan tanah yang tidak memberi manfaat kepada rakyat; adalah tidak benar dan terpesong kepada tujuan asal FMU.

“Sebenarnya, semasa saya menjawat jawatan Ketua Menteri di bawah sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada ketika itu. Kita mengkaji kesesuaian hutan simpanan kelas dua yang bekas dibalak supaya dipulihara dan diletakkan di bawah pengawasan FMU untuk memberi peluang kepada rakyat yang tidak bertanah menerokai kawasan itu. Tujuan kita untuk membantu membina semula kekayaan mereka dan bukan mengaut kekayaan rakyat,” tegas Yong.

“Saya sedih mendapat laporan bahawa kebanyakan masyarakat petani luar bandar yang memiliki tanah tetapi tidak bergeran. Usaha telah dijalankan sehingga lebih 44 ribu geran berjaya dikeluarkan dalam masa yang singkat selama dua tahun menjawat jawatan Ketua Menteri,” tambahnya.

Presiden SAPP itu turut mempertikaikan pemberian geran komuniti atau lebih dikenali sebagai Geran Komunal kepada rakyat di mana beliau menyatakan bahawa ianya merupakan satu kerugian dan memberi harapan kosong kepada rakyat yang berhak menduduki kawasan tersebut kerana kehilangan kuasa mutlak untuk memiliki dan memajukan tanah-tanah mereka secara persendirian.

“Mereka diberi geran panjang, letakkan nama pemiliknya tanpa mengira asal usul mereka dan selepas itu segala usaha penerokaan dan penanaman sudah ada syarikat gergasi yang dilantik kerajaan untuk mengusahakannya. Manakala rakyat, sekadar menjadi penonton,” tegasnya.

Sementara itu, ketika menyentuh persiapan menghadapi PRU-13 Yong berkata, beliau meminta kepimpinan bahagian menggubal Manifesto berasingan di setiap kawasan DUN yang ditandinginya, bagi menjelaskan halatuju parti itu supaya rakyat akan mengetahui perancangan yang bakal dilaksanakan selepas memenangi kawasan itu.

Katanya, rakyat perlu didedahkan dengan jelas halatuju parti yang bakal dilakukan pemimpin itu menerusi Manifesto pilihanraya supaya rakyat tidak ragu-ragu memberi sokongan kepada setiap calon SAPP di sesuatu kawasan yang ditandinginya.

BERUCAP.... Yong berucap di hadapan kira-kira 300 orang jentera SAPP.

MASUK...... Penyertaan masuk seramai 80 ahli baru diketuai Dzulkifli Gunsika.

“Manifesto pilihanraya merupakan kandungan halatuju yang juga merupakan janji pemimpin kepada rakyat yang harus dilaksanakan selepas dipilih rakyat pada pilihanraya umum,” kata beliau lagi.

Presiden SAPP itu menggesa jentera pilihanraya di setiap bahagian supaya dikemaskinikan dan mampu digerakkan pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU ke-13) yang dipercayainya sudah hampir di ambang pintu.

Tambahnya, beliau optimis bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu ditumbangkan sekiranya jentera parti kukuh dan sudah lebih bersedia menghadapi PRU ke-13. Bagaimana pun beliau tidak menyatakan ada keperluan bergabung tenaga dengan parti parti pembangkang luar Sabah untuk menumbangkan BN.

Di akhir majlis, beliau turut menerima kemasukan ahli baru menyertai SAPP seramai 80 orang yang diketuai bekas Setiausaha Sulit Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan semasa era kerajaan PBS, Dzulkifli Gunsika dan bekas Setiausaha Akhbar kepada Datuk Kadoh Agundong, Haji Wahab Timpai.

41 comments:

  1. Bukan sahaja SAPP yang mempertahankan hak rakyat, banyak lagi parti tempatan yang lain juga mempertahankan hak rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. SAPP berkata seolah-olah mereka sahaja yang mempertahankan hak2 rakyat dan menafikan perjuangan parti2 lain.

      Delete
    2. Pembangkang masing2 dengan cara sendiri untuk meancing undi, tidak tahu ikhlas atau tidak. terpulang kepada rakyat untuk menilai.

      Delete
    3. Semua pun berjuang misi yang sama, manakah diantaranya akan berjaya?

      Delete
    4. Segala perjuangan haruslah rakyat menjadi keutamaannya.

      Delete
    5. semua parti pun akan kata mereka memperjuangkan rakyat...

      Delete
    6. I wonder if this guy realize what he's saying.

      Delete
  2. Jika begitu optimis, baik kita tunggulah persaingan semasa PRU-13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..tunggu pada pru untuk mengetahui pilihan rakyat.

      Delete
    2. Terserah pada rakyat Sabah untuk memilih parti mana yang akan diundi.

      Delete
    3. He's merely saying something.

      Delete
  3. adakah perjuangan SAPP ni ikhlas ataupun semata2 mahu mendapatkan sokongan rakyat pada PRU-13 nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini hnya untuk dpt sokongan, dahulu semasa yong jadi KM, apa juga dia buat? buat Sabah rugi ja.

      Delete
    2. Harus besikap positif terhadap SAPP. Berkemungkinan SAPP betul ikhlas dan sanggup bekorban untuk rakyat.

      Delete
    3. politik ni sukar diramal..kata-kata manis diucap adalah untuk meraih sokongan.

      Delete
  4. harap rakyat dapat menilai antara parti yang benar2 memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat dan parti yang hanya berjanji kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The general election is getting nearer. I bet they all are gearing up.

      Delete
  5. Biasalah berjanji memang senang, tapi untuk merealisasikan belum tentu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila berjanji memang senang tapi bila melaksanakan itu yang susah.

      Delete
    2. Dekat2 PRU memang biasa kita dengar janji2 manis.

      Delete
  6. Semakin dengan PRU, makin banyak lah janji yang di beri, jika betul bagus juga la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pemimpin dari parti lain janji, dia pun mahu janji juga.. mau dia saja yang paling manang..

      Delete
  7. semasa YTL menjadi Ketua Menteri, terlalu banyak hak2 rakyat dikatakan telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah geran2 tanah untuk kampung2 tradisional seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi). tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra. tiada peluang pekerjaan untuk anak2 Bumiputra.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau begitu macam mana dia boleh katakn telah meluluskan banyak tanaah untuk rakyat. YTL sememangnya tidak boleh dipercayai.

      Delete
  8. cukup la YTL.. sekarang ada sudah STAR.. sekarang buka SAPP sahaja yang kononya memperjuangkan NCR dan ekonomi negeri.. lagipun SAPP sudah pernah diberikan peluang..

    ReplyDelete
  9. Parti pembangkang harus bekerjasama untuk berjuangkan misi yang sama untuk rakyat, perbelahan cuma memberi BN peluang sahaja.

    ReplyDelete
  10. Di akhir majlis, beliau turut menerima kemasukan ahli baru menyertai SAPP seramai 80 orang yang diketuai bekas Setiausaha Sulit Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan semasa era kerajaan PBS, Dzulkifli Gunsika dan bekas Setiausaha Akhbar kepada Datuk Kadoh Agundong, Haji Wahab Timpai.

    Budaya lompat parti memang biasa di politk Malaysia. Teruskan usaha untuk berkhidmat untuk rakyat. Rakyat perlukan pemimpin yang sanggup berusaha dan bersuara.

    ReplyDelete
  11. Semoga janji SAPP menjadi benar supaya rakyat lebih berkeyakinan terhadapnya.

    ReplyDelete
  12. Semoga SAPP tidak membuka cheque palsu (janji kosong).

    ReplyDelete
  13. SAPP ikhlas untuk membantu rakyat sebenarnya.

    ReplyDelete
  14. Pembangunan ekonomi bukan berada di tangan kerajaan dan parti pembangkang tetapi rakyat juga harus berusaha agar membaiki pendapatan untuk menampung kos perbelanjaan yang semakin bertambah.

    ReplyDelete
  15. beliau turut menerima kemasukan ahli baru menyertai SAPP seramai 80 orang yang diketuai bekas Setiausaha Sulit Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan semasa era kerajaan PBS

    Good luck to SAPP.

    ReplyDelete
  16. beliau turut menerima kemasukan ahli baru menyertai SAPP seramai 80 orang yang diketuai bekas Setiausaha Sulit Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan semasa era kerajaan PBS

    Good luck to SAPP.

    ReplyDelete
  17. Bukannya SAPP saja yang memperjuangkan NCR namun banyak parti lain lagi yang memperjuangkannya seperti PR dan STAR di Sbaah.

    ReplyDelete
  18. rakyat pandai-pandailah menilai janji yang diberikan...

    ReplyDelete
  19. BN will lose? Who will win and become the state govt then? SAPP? In your dream.

    ReplyDelete
  20. The native land has to be protected and all rules and regulations policies must be observed.

    ReplyDelete
  21. Something must be done to protect the native people as well as their land ownership rights.

    ReplyDelete
  22. pihak kerajaan seharusnya memperjuangkan matlamat mereka dalam menyelesaikan masalah penyelewengan tanah yang kian berleluasa di Sabah, supaya penduduk terlibat tidak terasa tertipu..

    ReplyDelete
  23. harap tidak ada penyelewengan kuasa berlaku...jika ada, siasatan perlu dilakukan..

    ReplyDelete
  24. semoga, ada penjelasan dari pihak berkuasa yang terlibat

    ReplyDelete