Wednesday 22 February 2012

SIAPA 'SONGLAP' TABUNG KELAMBU?

Saudara Pengarang,

SAYA ingin menarik perhatian semua kepada satu isu yang tidak pernah terlintas di dalam pemikiran kita bahawa pada tahun 1996 kerajaan telah melancarkan skim pembekalan kelambu berubat secara percuma kepada semua penduduk di negeri Sabah.

Difahamkan skim ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kes jangkitan penyakit malaria di negeri Sabah pada masa itu. Apabila inisiatif ini diperkenalkan kepada penduduk kampung, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melalui unit yang diketuai oleh Dr. Hasan Abdul Rahman (kini bergelar Dato Seri dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia) telah mengarahkan agar setiap kampung di negeri Sabah membuka Akaun Bank bagi setiap penduduk menabung bagi membiayai penggantian kelambu pada masa akan datang.

Sepintas lalu inisiatif tabungan ini kedengaran sangat baik. Setiap kelambu yang diagihkan kepada penduduk dikatakan perlu dibayar RM 5.00 hingga RM 10.00 tertakluk kepada saiz kelambu berkenaan. Kutipan wang berkenaan dilakukan oleh anggota jabatan kesihatan yang telah diarah oleh Dr. Hasan Abdul Rahman pada masa itu. Hasil kutipan dimasukkan di dalam akaun bank yang telah dibuka mengikut kampung.

Persoalannya ialah :

1. Adakah arahan perbendaharaan yang membenarkan anggota terlibat melakukan kutipan. Adakah sistem rekod yang boleh diaudit? Kami penduduk kampung pernah bertanya kepada pejabat kesihatan tentang kedudukan akaun kami yang disimpan oleh mereka. Bagaimana pun semua anggota yang mengendali unit berkenaan adalah anggota baru dan penjelasan yang diberikan seolah-olah akaun itu tidak pernah wujud kerena mereka tidak tahu (tiada handover).

2. Penama akaun adalah terdiri daripada 3 orang iaitu 2 daripadanya adalah penduduk kampung dan seorang lagi adalah anggota kesihatan. Di kampung kami, salah seorang penama yang mewakili kampung telah meninggal dunia dan anggota kesihatan pula dikatakan telah bersara dan kami tidak dapat mengesan anggota berkenaan. Persoalannya ialah, bagaimanakah kami dapat mengekses akaun kami itu? Duit kami yang terkumpul tidaklah banyak sangat, bagaimana pun jumlahnya mencecah ribuan ringgit.

3. Kami juga dimaklumkan bahawa ada kutipan wang kelambu sehingga melebihi RM100,000 dan disimpan di dalam akaun yang dikatakan akaun pusat di daerah dan penama akaun ini adalah 2 orang anggota kesihatan. Kami difahamkan akaun berkenaan telah disimpan di Ibu Pejabat Kesihatan Sabah. Persoalannya ialah, dalam rekod bank, wang itu adalah milik anggota kesihatan yang bertindak sebagai penama dalam akaun. Kami risau manalah tahu anggota berkenaan akan menyalahguna wang itu atau telah mewasiatkannya kepada anak cucu mereka. Hakikatnya ialah akaun yang dikatakan sebagai akaun pusat itu adalah di atas nama peribadi. Asasnya ialah wang itu boleh dimanipulasi kerana tiada rekod yang telah diodit atau disemak dari masa ke semasa.

4. Kami juga dimaklumkan bahawa beberapa akaun kampung telah ditutup dan wang yang dikeluarkan konon disimpan di atas nama dua orang dan salah seorang daripadanya adalah Dato Sri Dr. Hasan Abdul Rahman (kini Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia). Dikatakan jumlah wang di dalam akaun di atas nama mereka adalah hampir mencacah RM 1000,000.

Kononnya wang berkenaan tidak boleh dikembalikan kepada orang kampung. Kami penduduk kampung merasa heran disebabkan, sebenarnya kelambu yang diagihkan setiap tahun adalah diberi secara percuma oleh kerajaan. Apabila kami cuba bertanya, kononnya wang daripada setiap akaun yang dimaksudkan akan dibiarkan dalam akaun dan akhirnya dikatigorikan sebagai akaun yang tidak dituntut.

Setahu kami wang yang masuk dalam akaun tidak dituntut, amaunnya tidaklah mencaca jumlah ratusan atau jutaan ringgit. Solannya adakah orang bodoh yang sangup membiarkan sejumlah wang dalam akaun tanpa dituntut? Sebenarnya kami minta wang kami dikembalikan semula. Kami risau himpunan wang-wang kami itu akan masuk dalam simpanan hari tua penama-penama akaun yang kononnya dikatakan akaun pusat itu.

Tiada pula statement akaun yang kami boleh nampak setiap tahun. Bank negara, Jabatan Audit, SPRM, Jabatan Akauntan dan lain-lain agensi berkenaan harus menjalankan siasatan dan kami pemilik wang berkenaan sangat berbesar hati jika wang berkenaaan dapat dikembalikan kepada kami walaupun jumlahnya RM5 atau RM 10. Bunganya biarlah dia orang makan.

Ada juga desas desus yang mengatakan wang atas nama mereka ini telah dimanipulasi di mana wang dikeluarkan daripada akaun dan dilaburkan dalam ASB dan setelah mendapat keuntungan, wang berkenaan dimasukkan semula dalam akaun baru dan akaun lama pula dilesapkan. Kalau disiasat, memanglah tidak ada bukti sebab mereka lakukan salahlaku dengan berhati-hati. Tapi juruaudit atau SPRM boleh buat siasatan. Misalnya :-

a. Mengaudit rekod wang yang diterima daripada orang kampung di daerah. Adakah rekod itu? Sejauhmana kebolehpercayaan? Betulkah?

b. Mengaudit rekod penghantaran duit tunai daripada daerah ke akaun pusat (so called). Apakah kuasa-kuasa perbendaharaan mereka?

c. Membandingkan tarikh penghantaran duit daripada daerah dengan tarikh duit dimasukkan dalam akaun yang kononnya akaun pusat. Adakah satu jumlah yang besar diterima pada tarikh yang sama? Adakah bank in dilakukan mengikut tarikh-tarikh tertentu atau wang dikumpul sehingga menjadi banyak dan selepas itu disimpan pada tarikh yang sama? Di manakah duit disimpan sebelum dibank in dalam bank? Adakah merujuk kepada peraturan-peraturan perbendaharaan?

Bank negara, bahagian perbendaharaan pula boleh menyiasat kuasa-kuasa yang membolehkan mereka mengurus wang rakyat yang kemudiannya disimpan di atas nama peribadi. Kalau mungkin wang itu disimpan di dalam akaun persatuan atau pertubuhan, penama-penama berkenaan bolehlah bertindak sebagai pengurus wang berkenaan dan laporan kewangan yang diodit setiap tahun boleh dipersembahkan tapi apa yang mereka lakukan agak ganjil dan menimbulkan kegaruan.

5. Di kampung kami ada anggota kesihatan telah mengeluarkan wang dalam akaun kami dan mengagehkan kepada penduduk kampung kerana kami sentisa mendesak tentang kedudukan tabungan kami di dalam akaun berkenaan. Malangnya mereka dituduh memakan duit berkenaan. Mereka pula didesak untuk mengembalikan duit berkenaan dan diambil tindakan tatatertib. Sebenarnya kami penduduk kampung menyokong agar SPRM membawa kes ini ke mahkamah agar kebenaran dan kepincangan keseluruhan kewujudan akaun dapat didedahkan kepada semua penduduk kampung di negeri Sabah.

Kami penduduk kampung di negeri Sabah memohon jasa baik mana-mana parti politik agar membantu kami menyelesaikan dan mengembalikan wang yang kami telah kami simpan di dalam akaun bank. Ini adalah satu modal politik yang real dan bukan dibuat-buat. Pergi sahaja ke kampung-kampung di negeri Sabah terutama di kawasan terpencil dan bertanyalah kepada peduduk kampung. Sudah pasti mereka tahu kisah benar ini.

Yang menerima bebanan ini ialah anggota kesihatan di lapangan kerana sentiasa berbohong kepada orang kampung bahawa wang dalam akaun mereka kononnya telah digunakan untuk membeli kelambu baru untuk orang kampung wal hal, kelambu baru yang mereka terima adalah diberi secara percuma dan akaun pembelian adalah daripada perbendaharaan tiada kaitan langsung dengan akaun bank yang kononnya sebagai tabungan kelambu orang kampung.

Sekiranya mana-mana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan ke atas perkara ini, cerita ini akan menjadi satu cerita dongeng pada masa akan datang dan wang yang disimpan di atas penama-penama tertentu akan kekal sebagai satu misteri, lenyap di telan orang dan akhirnya ditelan zaman.

Tidak perlu cari saya untuk maklumat lanjut, tanya sahaja orang kampung di merata Sabah yang terlibat dengan bekalan kelambu percuma atau tanya orang lama yang sudah pencen atau hampir pencen di mana-mana pejabat kesihatan di Sabah. Mereka pasti ada informasi yang sahih. Jangan tanya pegawai kesihatan sebab mereka tidak tahu. Mereka ini bijak dan culas, kerata itulah mereka tidak ambil tahu hal ini.

Sekiranya ada polisi yang membenarkan perkara ini berlaku; soalannya ialah, kenapa hal ini hanya berlaku di Sabah dan bukan di Sarawak atau mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia. Saya kira orang yang buat ini pintar (apa tidaknya, pengesannya kini berpangkat TURUS dan Jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia) dan orang kampung di Sabah pula semuanya BODOH.

Salam Hormat,

MANGSA KELAMBU BERUBAT

24 comments:

  1. Hope that the police in that area will investigate this case to see who are involved behind the issue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siasatan harus dijalankan supaya mereka yang terlibat akan diambil tindakan undang-undang.

      Delete
  2. The four question raised above should be answered by the relevant authorities such as those regarding the villager's accounts, the officers appointed for the collection and auditing.

    ReplyDelete
  3. Sekiranya ada salah guna atau sebagainya harus dilaporkan pada polis, biar polis yang menyiasat.

    ReplyDelete
  4. Orang2 yang sentiasa berniat jahat dan mengambil kesempatan ke atas orang lain pasti akan mendapat pembalasan.

    ReplyDelete
  5. hal ini sebaiknya disiasat, jika wujud penyelewengan, tindakan kena diambil.

    ReplyDelete
  6. saya harap ada juga pemimpin2 politik yang sanggup tampil membantu penduduk kampung yang menjadi mangsa penipuan oleh pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin2 haruslah membantu rakyat yahng telah di tipu ini. Pegawai yang tidak bertanggungjawab harus di ambil tindakan.

      Delete
    2. tapi hairan baru sekarang perkara ni didedahkan. adakah mungkin sebab politik dekat2 PRU ni?

      Delete
  7. Jika ada penyelewengan perkra ini harus di siasat.

    ReplyDelete
  8. tapi kes ini sudah terlalu lama.. sejak 1996.. masih bolehkah siasatan dijalankan??

    ReplyDelete
  9. Perkara ini sudah lama, sepatutnya hal ini telah di selesaikan.

    ReplyDelete
  10. Apabila kami cuba bertanya, kononnya wang daripada setiap akaun yang dimaksudkan akan dibiarkan dalam akaun dan akhirnya dikatigorikan sebagai akaun yang tidak dituntut.

    Kenapa ini terjadi? kerajaan tidak harus mengetepikan kes ini dan harus juga membuat siasatan.

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. kemungkinan ada penipuan dalam hal ini. jadi,siasatan kenalah dijalankan.

      Delete
  12. SPRM harus membuat siasatan supaya golongan yang menyalahi undang-undang harus diambil tindakan.

    ReplyDelete
  13. Pihak berkuasa harus tampilkan diri dan memberi penjelasan.

    ReplyDelete
  14. kalau sekarang saya rasa kelambu berubat ni tidak perlu pun dibayar bila diagihkan kepada para penduduk kampung.

    ReplyDelete
  15. kemungkinan juga berlaku kesukaran dalam menyiasat kes ini sebab perkara ni sudah lama berlaku.

    ReplyDelete
  16. Seharusnya kelabu tersebut adalah percuma. Kenapa pula perlu ada pembayaran berlaku?

    ReplyDelete
  17. Benarkah perkara sebegini berlaku? Harap siasatan akan dibuat mengenai perkara ini. Jangan biarkan ada pihak mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  18. Punya laaaama sudah ini cerita. tidak tahu ada harapan untuk diselesaikan lagi atau tidak.

    ReplyDelete
  19. Susah juga kalau ada yang suka menyeleweng.

    ReplyDelete
  20. bagaimana ceritanya sekarang kes ini?

    ReplyDelete