Friday 17 February 2012

SIMONG LING MENGGANAS, SPRM SEMAKIN MALAS



Saudara Pengarang,

TERAMAT menyedihkan bahawa balak yang dikeluarkan secara haram dari Konsesi Yayasan Sabah YS3/07(2) YS3/07(3), YS3/07(4) yang dikendalikan oleh Runlong Sdn Bhd (Lesen Eramewah) yang diterajui oleh Ahieng dikenali dengan kod LDD singkatan untuk Ling Ding Dieng (Simon Ling).

Projek terkini mereka (sejak 12 Februari 2012 sehingga kini) adalah 'Tumbang Sapsai' di Coupe YS3/07(2) iaitu menumbang balak di bawah dan di atas ukur lilit yang dibenarkan termasuk ibu pokok, spesis larangan, pencerobohan tanah tinggi dan simpanan sungai (reparian reserve).

Manakala kawasan RIL (reduce impact logging) tidak langsung diambil peduli kerana tidak mendatangkan untung yang banyak disebabkan terpaksa membayar royalti dan hanya untuk hiasan sahaja.

Paling menyakitkan hati ialah sikap buat tidak tahu pihak Yayasan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah yang nyata sekali turut serta bersekongkol dalam usaha murni kompeni balak memeras hasil bumi hutan simpan Sabah yang dipertanggung jawabkan kepada mereka.

Kesibukan mereka kononnya memantau aktiviti pembalakan hanya lakonan semata mata kerana lebih banyak masa dihabiskan di kongsi atau di pejabat daripada di lapangan dan hanya menunggu imbuhan dari hasil balak haram/terbang (LDD) dari Runlong untuk menutup mata dan mulut mereka.

Memang sukar untuk dipercayai; "But seeing is believing!". Datanglah beramai-ramai untuk melihat sendiri ke tempat YS3/07(2) dan coupe sekitarnya yang kelihatannya HARAM untuk SPRM melangkahkan kaki ke situ; sedangkan fakta dan bukti banyak berselerakan tanpa disembunyikan lagi.

Salam Hormat,

SERENITY PINKY

28 comments:

  1. Hope that this issue with illegal logging will be investigated by the police. Make sure that the regulations regarding logging are strictly enforced.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dakwaan ini harus disiasat mengetahui kesahihannya.

      Delete
  2. If the proof and facts are already there, just allow the MACC to investigate into his case.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengadu buatlah loporan rasmi jika benar ada bukti terhadap pekara ini.

      Delete
  3. hal ini kena disiasat, jgn biarkan ia berleluasa.

    ReplyDelete
  4. buat laporan rasmi kepada SPRm..

    ReplyDelete
  5. Mcm mana jugta ba sprm boleh terlepas pandang hal sebebgini. Hairan, takkan dorang tak noticed???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin belum ada bukti yang menunjukkan perkara ini ada kebenaran. jadi, jika pihak yang membuat aduan ni ada bukti yng kukuh, lebih baik tampil ke depan dengan menyertakan bukti2 yang ada.

      Delete
  6. Tapi siapa yang ada bukti tu, bantulah sprm at least dapat juga memudahkan siasatan mereka. Lagipun kalau selesai, kan ramai pihak akan happy. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..jika ada bukti serahkanlah kepada SPRM untuk membantu siasatan.

      Delete
  7. Semoga perkara ini mendapat perhatian serius dan diselesaikan segera sebelum bertambah teruk.

    ReplyDelete
  8. Jika betul bersalah, pastikan tindakan tegas dikenakan supaya jadi pengajaran pada umum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..pihak yang bersalah pasti akan mendapat balasannya.

      Delete
  9. Apapun, kita tunggu hasil siasatan sprm dulu. Jangan terlalu awal buat kesimpulan, mana tau silap:P hehe

    ReplyDelete
  10. tidak mungkin SPRM tidak mengambil tindakan jika perkara ini benar

    ReplyDelete
  11. kemungkinan ada pihak yang membuat laporan palsu sehingga SPRM pun tidak menyedari akan hal ini

    ReplyDelete
  12. setuju dengan cadangan mike iaitu buat laporan rasmi dan hantar kepada SPRM

    ReplyDelete
  13. hanya dengan ini sahaja SPRM dapat bertindak dan menjalankan siasatn samada berlakunya penyelewengan

    ReplyDelete
  14. apa pun, semoga isu ini dapat perhatian SPRM dengan segara

    ReplyDelete
  15. if they are found guilty, serious action must be taken against them.

    ReplyDelete
  16. mereka yang ada bukti tunjukkan lah kepada sprm agar siasatan dan tindakan dapat diambil.

    ReplyDelete
  17. Kenapa tidak ada tindakkan diambil kepada mereka ini.

    ReplyDelete
  18. Sebaiknya sediakan bukti yang kukuh untuk memberikan kenyataan. Mungkin benar apa yang dicakapkan namun jika tidak ada bukti maka dakwaan itu tidak berguna langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Apa-apa tuduhan perlukan bukti.

      Delete
  19. pihak Yayasan Sabah dan Jabatan Perhutanan Sabah perlu memberi penjelasan dan kerjasama berhubung perkara ni. isu ini boleh menjatuhkan imej kerajaan.

    ReplyDelete
  20. Penyelewengan tidak seharusnya dibiarkan. Tindakan harus diambil. Jika tidak kesalahan akan bertambah besar.

    ReplyDelete
  21. SPRM dan Jabatan Alam Sekitar perlu datang ke tempat ini dan jalankan siasatan segera.. jika benar seperti yang didakwa, tolong ambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang terlibat..

    ReplyDelete
  22. Kuasa yang ada jangan disalahgunakan untuk kepentingan diri.

    ReplyDelete