Thursday 9 February 2012

SIMPANAN TUNAI S'GOR CECAH RM1.9 BILION



SIMPANAN tunai kerajaan negeri Selangor terus mencatatkan peningkatan sepanjang tahun 2011 dengan jumlah simpanan sebanyak RM1.9 billion meningkat lebih 26 peratus, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, jumlah simpanan tunai di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat jauh lebih tinggi berbanding di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang hanya merekodkan kurang RM500 juta sebelum 2008.

“Saya telah dimaklumkan perbendaharaan negeri bahawa jumlah rezab kita meningkat lebih 26 peratus kepada RM1.9 bilion berbanding sebelum 2008 iaitu kurang RM500 juta,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan Masjlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) kelmarin.

Menteri Besar berkata, laporan kewangan kerajaan negeri 2011 itu akan dihantar kepada Jabatan Audit Negara untuk diaudit.

Dalam perkembangan lain, Tan Sri Abdul Khalid berkata, kira-kira 600 penduduk setinggan di Sungai Sering, Hulu Klang, akan menerima Sijil Layak Menduduki (CF) bagi unit rumah kos rendah Jumaat ini.

Menurutnya, CF tersebut telah dikeluarkan pada 31 Januari lalu, sekaligus menamatkan penantian hampir sembilan tahun peneroka bandar itu yang telah dipindahkan dari 11 penempatan setinggan di Mukim Klang di bawah program penempatan semula setinggan.

Projek rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering dimulakan pada Jun 2003 dan sepatutnya siap April 2006 tetapi terbengkalai kerana syarikat pemaju berdepan masalah kewangan dan teknikal.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah membelanjakan lebih RM16 juta sejak 2006 sehingga 2012 untuk membayar sewa rumah penduduk yang gagal dipindahkan ke penempatan sementara.

14 comments:

  1. Kalau tidak silap, State Reserves Sabah sudah mencecah lebih 28.2 bilion tahun lepas.

    ReplyDelete
  2. Usaha yang baik daripada setiap negeri untuk meningkatkan simpanan tunai negeri masing-masing. Syabas.

    ReplyDelete
  3. bgslah.. teruskan usaha tingkatkan simpanan tunai.

    ReplyDelete
  4. bukankah pendapatan kerajaan Selangor umpama setiap warganya mendapat RM50 sama dengan harga rumah urut??

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. An integrated cooperation between relevant departments and agencies can intensify efforts to improve the economic status of the people in rural areas, and hence, create a high-income society.

    ReplyDelete
  7. baguslah..harap2 hutang pun berkurang kalau simpanan sudah banyak.

    ReplyDelete
  8. pastikan kebajikan rakyat sentiasa terjaga. simpanan itu untuk rakyat juga.

    ReplyDelete
  9. Kita tidak pasti dengan pengumuman ini, kita tengok saja nanti audit yang akan dibuat.

    ReplyDelete
  10. datang dari mana simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor itu?? sama seperti negeri2 yang lain, sumber2 tunai Selangor datangnya dari cukai dan hasil bukan cukai, bukannya dari simpanan pemimpin2 kerajaan Selangor..

    ReplyDelete
  11. satu persoalan tentang simpanan lebihan tunai RM1.9 bilion seperti yang didakwa oleh Khalid Ibrahim, mengapa agaknya dalam keadaan negeri mempunyai simpanan tunai yang cukup banyak, bangunan asrama Yayasan Selangor, bangunan2 milik Yayasan Selangor di sekitar Kuala Lumpur dan tanah Yayasan Selangor dijual kepada para pemaju hartanah?

    ReplyDelete
  12. Perhaps we should wait for the audit report for this matter.

    ReplyDelete
  13. Hopefully there are more transparent report with regards to the spending vs expenses regarding this matter.

    ReplyDelete
  14. Jika benar ada peningkatan, baguslah. Jangan indah khabar dari rupa saja.

    ReplyDelete