Wednesday 15 February 2012

SUKAU SEMAKIN MEMBANGUN BERSAMA BN


SUKAU SEMAKIN MEMBANGUN BERSAMA BN

Oleh : SHAIMON S JUMADI

PERANAN yang dimainkan oleh pemimpin Barisan National (BN) dalam mempertingkatkan infrastruktur awam untuk dinikmati oleh rakyat, terutama sekali masyarakat setempat di DUN Sukau seharusnya disambut baik oleh semua golongan masyarakat.

Ini jelas, usaha kerajaan BN atas inisiatif Wakil Rakyatnya Datuk Saddi Abdul Rahman yang begitu prihatin kepada rakyatnya, khususnya yang tinggal di pesisiran pantai dan tebing-tebing sungai telah menikmati kemudahan asas yang disalurkan oleh kerajaan; termasuk pembinaan Loji Air Mengaris dan pemasangan paip air di sepanjang Kampung Batu Putih-Kg Paris.

Selain itu langkah kerajaan meluluskan pembinaan sebuah lagi loji air di kawasan kampung Bilit bagi keperluan penduduk sekitar Sukau dan Suan Lamba bernilai RM30 juta amat dialu-alukan.

Sementara itu, pembinaan Projek Solar Hybird bagi menerangi beberapa kampung antaranya Kampung Lubukan di kawasan Persisiran Pantai telah tertunai dan di mana pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telahpun menjanjikan bahawa pada tahun ini juga kemudahan bekalan elektrik akan beroperasi 24 jam di Kampung Tanjung Aru, berbanding 18 jam sebelum ini dinaiktaraf.

Sabahkini.net yang sentiasa mengikuti perkembangan ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman berjaya mendapat maklumat terperinci mengenai perkembangan dan kemajuan prasarana yang telah dicapai; walaupun sering dieksplotasikan pembangkang.

Sudah tentu segala penyediaan kemudahan tersebut akan memberi impak besar kepada masa depan ekonomi rakyat di kawasan DUN Sukau dan membolehkan Saddi meneruskan perjuangan agenda asalnya yang berkaitan sosio ekonomi dan kebajikan rakyat agar terus terpelihara dan mengecapi apa juga kemudahan.

Justeru itu, misi mewujudkan sebuah kampung nelayan yang moden dan bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas untuk merangsang kegiatan ekonomi berasaskan bidang perikanan bersepadu dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Natijahnya, rakyat akan terus menikmati pelbagai kemudahan seperti perumahan modern, kemudahan kesihatan, pendidikan dan pelbagai lagi kemudahan untuk melonjakkan taraf hidup masyarakat nelayan sebagai golongan berpendapatan tinggi.

Jika segala perancangan ini terlaksana, maka aspirasi untuk meletakkan semula Sandakan dan Kinabatangan sebagai pusat perikanan yang maju di masa depan pasti akan melakar sejarah baru nelayan Sabah.

9 comments:

  1. Diharapkan kerajaan Sabah akan teruskan memainkan peranan mereka dalam pembangunan infrastruktur terutamanya di kawasan terpinggir.

    ReplyDelete
  2. Cadangan untuk mewujudkan satu perkampungan nelayan yang moden ini adalah baik kerana boleh menjadikan industri perikanan ini lebih glamor dan boleh menarik minat anak-anak muda untuk melibatkan diri dalam sektor ini semula.

    ReplyDelete
  3. kawasan luar bandar tidak diabaikan oleh kerajaan, pembangunan telah dilakukan di kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga pembangunan ini menyeluruh di serata Sabah.

      Delete
  4. kalau wakil rakyat/ADUN aktif dan selalu turun padang, dapatlah hasil seperti ini. banyak pembangunan yang diperolehi oleh penduduk.

    ReplyDelete
  5. Bagus la kalau macam tu harap2 semakin membangun dan maju di bawah pemerintahan kerajaan BN

    ReplyDelete
  6. Terima kasih dengan semua jasa yang diberikan oleh Kerajaan.

    ReplyDelete
  7. yang TELAH dilaksanakan memang patut dibanggakan, dan BELUM dilaksanakan tolong usahakan..

    ReplyDelete
  8. Pembangunan adalah usaha yang berterusan. Proses pelaksanaaannya kena sentiasa aktif.

    ReplyDelete