Thursday 23 February 2012

TAWAU ALAMI GANGGUAN AIR ESOK

BEBERAPA kawasan di Tawau dijadualkan mengalami gangguan bekalan air selama 10 jam pada Jumaat ini disebabkan kerja-kerja pemasangan paip bersaiz 1,000mm di Loji Rawatan Air Cinta Mata.

Menurut satu notis yang difakskan ke pejabat Bernama, gangguan bekalan itu pada jam 8 pagi hingga 6 petang dan antara kawasan terlibat ialah semua kawasan Air Panas, Sin On dan sepanjang Jalan Utara hingga ke kawasan bandar Tawau.

Kawasan lain yang turut terlibat ialah semua kawasan sepanjang Jalan Kuhara hingga ke kawasan bandar Tawau, seluruh kawasan Tanjung Batu dan seluruh kawasan bandar Tawau dan kawasan berhampiran.

Sehubungan itu, pengguna di seluruh kawasan berkenaan dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya untuk kegunaan mereka.

Menurut notis berkenaan kerja-kerja pemasangan paip itu akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan dimaklumkan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan. (BERNAMA)

18 comments:

  1. Diharapkan penduduk di Tawau akan mengambil perhatian terhadap notis ini supaya boleh menghadapi masalah gangguan air esok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gangguan sementara ukan masalah yang penting kerja naik taraf disiapkan dalam tempoh.

      Delete
  2. Semoga kerja-kerja pemasangan paip itu akan disiapkan dengan awal supaya bekalan air akan kembali normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharap gangguan tu tidak mengambil masa yang lebih lama lagi.

      Delete
  3. penduduk Tawau kena bersedia dan menyimpan stok air yang cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga gangguan ini tidak mengambil masa yang lama. Persiapan harus ada sedangkan notis telah diberi.

      Delete
  4. sebelum melakukan apa2 penyelenggaraan, pastikan semua penduduk yang bakal terjejas mendapat info ini terlebih dahulu..

    ReplyDelete
  5. m sure people in Tawau know well what to do next.

    ReplyDelete
  6. Pastikan notis sampai ke semua penduduk di kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  7. Menurut notis berkenaan kerja-kerja pemasangan paip itu akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan dimaklumkan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

    Penduduk Tawau harus mengikuti perkembangan pemasangan paip tersebut.

    ReplyDelete
  8. Good luck and hope the water supply back to normal or getting better.

    ReplyDelete
  9. Harap kerja naik taraf dapat dijalan dengan lancar dan segala bekalan diberi dengan mencukupi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas tu diharap kawasan tu dapat bekalan air yang mencukupi dan tidak terganggu lagi.

      Delete
  10. Menurut notis berkenaan kerja-kerja pemasangan paip itu akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan dimaklumkan sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan.

    Pastikan penduduk mendapat notis untuk mengelakkan mana-mana pihak tidak menyimpan stok untuk bekalan harian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penduduk harus mengikuti notis yan gdiberi agar tidak mengalami masalah air yang tidak mencukupi.

      Delete
  11. Semoga semua penduduk di Tawau mendapat bekalan yang mencukupi selepas ini dan kualiti air juga memuaskan.

    ReplyDelete
  12. Harap penduduk sedia maklum dengan notis tersebut.

    ReplyDelete
  13. Rajin-rajin stock air.

    ReplyDelete