Thursday 23 February 2012

TIDAK PERLU BAI'AH KEPADA MANUSIA

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata seseorang Muslim tidak perlu berbai'ah kepada pemimpin yang hanya merupakan orang biasa.

"Bai'ah bermakna kita 'swear loyalty' (sumpah taat setia) kepada pemimpin yang manusia biasa dan boleh buat benda yang salah, bahkan kita dapati banyak pemimpin PAS yang buat salah daripada segi agama," katanya.

Katanya, seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Pesuruh Allah.

Dr Mahathir mengulas laporan akhbar Rabu bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah dan sesiapa yang melanggarnya "akan celaka dunia dan akhirat".

"Tidak ada perlu Bai'ah kepada sesiapa, bukan pun Nabi, jadi nak Bai'ah buat apa?" kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menyampaikan syarahan perdana "Transformasi Minda Penyelidik Muda" anjuran Persatuan Pascasiswazah Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA, kelmarin. (BERNAMA)

7 comments:

  1. Apa yang Dr Mahathir katakan itu adalah betul, kita tidak perlulah Bai'ah terhadap seorang manusia biasa kerana manusia akan melakukan kesilapan.

    ReplyDelete
  2. Seseorang Muslim hanya perlu tunduk kepada Allah SWT dan mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai Pesuruh Allah.

    Memang betul kenyataan ini.

    ReplyDelete
  3. berbai'ah pada perkara yang betul.

    ReplyDelete
  4. jika PAS mahu sangat dapat sokongan rakyat, cukup sekadar memperlihatkan tindakan atau pentadbiran PAS di Kelantan dan Kedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong PAS dapat masuk syurga. Nonsense betul.

      Delete
  5. Nampaknya perjuangan PAS mula repuh dengan memperjuangkan Islam.

    ReplyDelete
  6. PAS is scared if its members turn away from the party.

    ReplyDelete