Friday 17 February 2012

TRANSFORMASI GAGAL SEKAT TEKNOKRAT



GAGAL.....Lim Guan Eng berkata usaha menarik bakat tempatan kembali ke Malaysia telah 'gagal'.

Oleh : MOHD FARHAN DARWIS (TMI)

SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng melihat usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melaksanakan transformasi dan mengekang penghijrahan bakat rakyat negara ini ke luar negara telah gagal, ekoran penghijrahan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican ke Singapura.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, Tan Sri Hassan Marican telah dilantik sebagai Pengerusi Singapore Power Limited (SP) pada bulan Jun lepas menggantikan Ng Kee Choe yang bersara.

"Amat menyedihkan bagi Malaysia apabila kita tidak dapat mengekalkan yang terbaik dan cemerlang seperti Tan Sri Hassan Marican yang terbaru dalam senarai bakat yang berpindah ke luar negara.

Tan Sri Hassan meninggalkan syarikat minyak negara kita pada tahun 2010 berpunca daripada pergeseran dengan pentadbiran semasa, dan sejak itu beliau telah dilantik sebagai pengarah dalam firma- firma luar negara seperti syarikat- syarikat berkaitan dengan kerajaan Singapura seperti SembCorp Industries Ltd, SembCorp Marine Ltd dan Singapore Power.

"Ini amat menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila Tan Sri Hassan telah meletakkan Petronas ke dalam senarai syarikat gas dan minyak antarabangsa seperti hari ini."

Jelas Ahli Parlimen Bagan ini lagi, bakat seperti Tan Sri Hassan Marican tidak datang setiap hari, dan kerajaan mesti mengambil langkah segera mengisi kebocaran ini untuk mengekalkan bakat atau risiko kehilangan beliau dan ramai lagi seperti beliau ke negara- negara luar akan semakin bertambah.

Berdasarkan kenyataan pakar ekonomi kanan Bank Dunia Philip Schellekens tahun lalu, beliau telah memberi amaran bahawa situasi penghijrahan bakat rakyat Malaysia dijangka meruncing tambahan asas kemahiran negara sememangnya sempit.

Schellekens menambah bahawa bilangan rakyat Malaysia yang mahir tinggal di luar negara telah meningkat tiga kali ganda dalam dua dekad yang lalu dengan dua daripada setiap 10 rakyat Malaysia memilih untuk meninggalkan negara sama ada untuk Organisasi Pembangunan Kerjasama Ekonomi (OECD) atau ke Singapura.

Dianggarkan sekitar dua juta rakyat Malaysia bekerja di luar negara sejak merdeka.

Tambah Lim, "Jelasnya, selagi kemahiran berpolitik lebih penting daripada kemahiran teknikal, dan perjanjian melalui rundingan terus disenangi berbanding tender terbuka dan tiadanya akauntabili dan ketelusan, Malaysia akan kalah di dalam pertempuran untuk membendung perpindahan bakat."

"Jika seorang ikon pemimpin korporat seperti Tan Sri Hassan Marican terpaksa ke Singapura di mana bakat beliau tidak diabaikan, program transformasi kerajaan Najib untuk menarik bakat telah gagal," katanya lagi.

11 comments:

  1. The Brain Drain problem is serious in Malaysia, most of our elite professionals are seeking jobs overseas such as medical professions and engineering professions, their contribution the Malaysia can be priceless if the country was able to retain them.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The govt must find out what has caused this problem and try to rectify the situation.

      Delete
  2. The Malaysian government must think of better ways to prevent our professionals migrating out the country, think of ways that could attract them home.

    ReplyDelete
  3. ramai profesional di negara kita, tapi mereka kebanyakannya berhijrah ke luar negara, kerajaan Malaysia kena ambil tindakan bagi mengelak mereka berhijrah, mereka seharusnya berkhidmat untuk negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin tawaran kerajaan kepada mereka yang berbakat tidak menarik. jadi, harus fikirkan cara untuk menarik mereka yang berbakat untuk menabur jasa dalam negara.

      Delete
  4. Mungkin kepada mereka yang ada kebolehan dan berkerja diluar negara untuk kembali dan membantu memajukan rakyat dan negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya jika tawaran yang diberikan tidak sama dengan apa yang mereka perolehi di negara luar pasti mereka akan kembali untuk berkhidmat di negara ini.

      Delete
  5. negara maju mestilah akan menawarkan pakej yang lebih maju.. siapa yang sanggup tolak?? ini bukan soal brain drain, tetapi soal peluang yang ditawarkan oleh negara yang lebih maju dari Malaysia..

    ReplyDelete
  6. jika LGE mampu menarik balik bakat2 tempatan yang berada di luar negara, kenapa sehingga hari ini tidak ada usaha dipihak beliau?? maknanya, kegagalan itu bukan kegagalan Najib seorang. tetapi kegagalan semua pemimpin2 di peringkat negeri yang gagal menyediakan sebagaimana yang dikehendaki oleh bakat2 kita diluar negara..

    ReplyDelete
  7. brain drain berlaku bukan di kalangan rakyat biasa saja tapi juga pemimpin. kerajaan perlu mengenalpasti masalah ini dan ambil langkah yang wajar untuk menanganinya.

    ReplyDelete
  8. Are we lacking of patriotic spirit for this country?

    ReplyDelete