Friday 17 February 2012

TUNGGU KELULUSAN NAIK TARAF LANDASAN



Oleh :SITI AISYAH NARUDIN

KERAJAAN negeri masih menunggu kelulusan peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk melaksanakan projek naik taraf landasan kereta api peringkat kedua bagi laluan Beaufort-Tenom.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, usaha itu bagi menaiktaraf landasan sedia ada daripada 60 paun kepada 80 paun.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur ini berkata, landasan baharu itu bertujuan menampung kapasiti gerabak yang lebih berat.

Menurutnya, melalui peruntukan sebanyak RM25 juta yang diluluskan sebelum ini, ia hanya mampu menaik taraf landasan keretapi Kota Kinabalu-Beaufort.

“Peruntukan itu tidak mencukupi untuk kita meneruskan projek naik taraf ini hingga ke laluan Beaufort-Tenom.

“Justeru, kita memerlukan peruntukan tambahan agar pelaksanaan projek naik taraf landasan keretapi di negeri ini dapat diselesaikan,” katanya.

Pairin berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Persidangan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri 2012 di sini kelmarin.

Tambahnya, satu kajian akan dijalankan sebelum melaksanakan projek terbabit dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada kerajaan pusat tentang pelantikan konsultan yang akan menjalankan kajian itu.

“Apabila kajian ini selesai barulah kita boleh menentukan anggaran kos untuk melaksanakan peringkat kedua naik taraf landasan keretapi ini,” katanya.

Selain itu, mengulas mengenai isu Tanah Hak Adat Negeri (NCR) yang diperkatakan sebelum ini, Pairin berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman telah memberi kenyataan yang sepatutnya dalam menangani isu ini.

Katanya, beliau (Musa) telah menentukan untuk membawa isu ini ke mesyuarat kabinet akan datang.

“Perbincangan itu bagi menentukan interpretasi sebenar yang membolehkan satu keadaan yang beliau (Musa) tekankan iaitu situasi ‘menang-menang’. Sehubungan itu, buat masa sekarang kita hanya menunggu mesyuarat berkenaan bagi membincangkan isu NCR ini,” katanya. (Utusan Borneo)

37 comments:

  1. Hope that the Chief Minister will discuss this matter with the State Cabinet.

    ReplyDelete
  2. A good solution is needed to resolve the native land issues in Sabah, hope that their rights will be protected.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga hak penduduk akan sntiasa terjaga dan dilindungi.

      Delete
  3. Hopefully the budget allocation for this project will be approve by the federal government.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..harap kelulusan tersebut akan dibuat dengan segera.

      Delete
    2. Persekutuan tiada sebab untuk menolak bujet pembangunan yang bermanfaat ini.

      Delete
    3. setelah diluluskan guna la peruntukan tu sebaik mungkin

      Delete
  4. While this is going on, hopefully the appointment of a consultant to carry out this project will be carried out at earnest.

    ReplyDelete
  5. Coming back to the NCR issue, hopefully the discussion among the ruling front with the professional on the matter will not only clarify but also debunk the State AG's statement.

    ReplyDelete
  6. The AG's Statement has caused a massive outcry as well as discontent among the general public.

    ReplyDelete
  7. Hopefully this discussion will creat a 'win-win' situation that will satisfy all parties concern.

    ReplyDelete
  8. Harap kajian itu dapat disegerakan supaya bajet yang diperlukan diketahui awal. Senang minta peruntukan nanti:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap bajet yang di berikan nanti digunakan dengan baik agar pembangunan dapat dijalankan dengan segera.

      Delete
    2. Kajian yang melibatkan wang peruntukan harus segera disiapkan. Pasti penduduk kampung tengah tunggu2 peruntukan dari kerajaan.

      Delete
  9. Pasal NCR pula betul jugalah apa Pairin cakap, lebih baik kita tunggu ja hasil mesyuarat kabinet itu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap selepas mesyuarat kabinet itu nanti dapat memberi keputusan yang di nantikan oleh rakyat sabah.

      Delete
    2. semoga penyelesaian terbaik terhadap isu tanah akan diperoleh melalui mesyuarat tersebut.

      Delete
    3. isu NCR akan dperbincangkan, moga ia ada penyelesaian.

      Delete
  10. Musa dah cakap akan bawa isu NCR utk dibincangkan, harap2 hasli perbincangan itu nanti membuahkan sesuatu yang positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa is sabah hope and voice to have this NCR issue solved. I hope a win-win solution can be found.

      Delete
    2. hasil perbincangn mengenai NCR ini pasti dinantikan oleh semua pihak.

      Delete
    3. tunggu saja keputusan perbincangan Kabinet.

      Delete
  11. Sementara itu, kita nantikan saja perkembangannya dengan sabar:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully there will be positive feedback.

      Delete
  12. harap bajet dapat di beri agar projek menaikkan taraf kereta api sabah dapat di buat dengan sgera, ini untuk kebaikan rakyat juga.

    ReplyDelete
  13. “Peruntukan itu tidak mencukupi untuk kita meneruskan projek naik taraf ini hingga ke laluan Beaufort-Tenom.

    The only solution for this issue is to have the allocation increase for further development.

    ReplyDelete
  14. harap kelulusan akan dibuat dengan segera agar landasan tersebut akan dapat dinaiktaraf dengan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  15. semoga projek naik taraf landasan akan diluluskan segera. ia perlu bagi kemudahan penduduk.

    ReplyDelete
  16. Its good and benefit more the people.

    ReplyDelete
  17. Projek harus dipantau perkembangan supaya mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
  18. Inilah yang selalu membantutkan pembangunan di Sabah. Kerana menunggu kelulusan dari kerajaan Persekutuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah perlukan kuasa autonomi untuk membolehkan sebarang keputusan dapat diambil dengan segera dan pembangunan dapat berjalan dengan lancar.

      Delete
  19. Selagi apa-apa perkara memerlukan dari persekutuan selagi itulah kelewatan amatlah dikesali.

    ReplyDelete
  20. kerajaan persekutuan tidak patut melengah2kan penyaluran peruntukkan ke negeri ini.. negeri2 di semenanjung sudah lengkap dengan kemudahan infrastruktur.. jadi tumpuan dan kelebihan patut diberikan kepada Sabah memandangkan negeri ini benar2 ketinggalan jauh dengan negeri2 di semenanjung..

    ReplyDelete
  21. memang patut Musa membawa isu tanah NCR ini ke kabinet memandangkan kuasa terhadap tanah di negeri ini dipegang oleh kabinet negeri..

    ReplyDelete