Friday 24 February 2012

ULANG TAHUN UMNO DI STADIUM MERDEKA

SIDANG MEDIA NAJIB


STADIUM Merdeka akan menjadi lokasi bagi sambutan ulang tahun UMNO ke-66 yang akan diraikan dengan meriah pada 11 Mei depan dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah dilantik sebagai pengerusi bagi menjayakan agenda tersebut, kata Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, malam ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa tarikh persidangan cawangan UMNO akan berlangsung bermula 1 April sehinggalah 15 Jun 2012 termasuklah persidangan pergerakan sayap wanita, pemuda dan puteri.

"Tarikh bagi persidangan bahagian termasuklah pergerakan wanita, pemuda dan puteri pula akan diadakan bermula 1 Julai sehinggalah 15 September 2012," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah ahli UMNO sehingga 31 Disember 2011 telah bertambah sebanyak 113,116 dan jumlah ahli UMNO terkini ialah 333,5828.

Turut serta dalam sidang media tersebut ialah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan, Bendahari Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin. (MediaUMNO)

9 comments:

  1. Sudah 66 tahun UMNO ditubuhkan, harap UMNO akan berusaha melakukan yang terbaik untuk semua rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Untuk kekal relevan bagi rakyat, UMNO perlulah sentiasa melakukan perubahan mengikuti masa dan mengutamakan rakyat dalam setiap langkah.

    ReplyDelete
  3. semoga UMNO akan terus berkembang dan relevan dalam menjaga hak2 rakyat.

    ReplyDelete
  4. Keahlian UMNO bukan hanya di Malaysia saja malah luar negara. Tidak hairan pertambahan keahlian sentiasa berlaku.

    ReplyDelete
  5. persidangan berlangsung dari bulan April hingga September. kemungkinan PRU tidak akan dilaksanakan sehinggalah persidangan ini selesai.

    ReplyDelete
  6. eloklah jika sambutan ulang tahun umno ini turut menjemput rakyat untuk sama2 meraikan ulang tahun tersebut..

    ReplyDelete
  7. Selamat menyambut ulang tahun UMNO yang ke-66 tahun.

    ReplyDelete
  8. Wow, 66 years..it is quite a big number.

    ReplyDelete