Tuesday 7 February 2012

UMNO KIMANIS MAHU 3 TRIO DIKEKALKAN


UMNO Bahagian Kimanis mahu ketiga-tiga wakil rakyat Barisan Nasional (BN) daripada parti itu di kawasan Parlimen Kimanis dikekalkan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Setiausaha Umno bahagian itu, Haji Salleh Abd Wahid, berkata Jawatankuasa Umno Bahagian itu mahu mereka dipilih semula untuk bertanding kerana masih diperlukan oleh parti dan rakyat di kawasan itu.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu, ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang juga Menteri Luar dan Ketua Umno Bahagian Kimanis; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan, Datuk Karim Bujang dan Adun Membakut, Datuk Mohd Arifin Arif yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kimanis.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat sempena lawatan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu ke Pejabat Umno Bahagian Kimanis di Bongawan, kelmarin.

Md Isa yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno merupakan ‘Bapa Angkat’ ke- pada Umno Bahagian Kimanis. Katanya, khidmat ketiga- tiga mereka sebagai wakil rakyat di kawasan itu masih diperlukan dan mereka perlu dikekal dan dipilih semula bertanding pada PRU ke-13.

Dalam pada itu, beliau berkata, Umno Bahagian Kimanis mempunyai 262 ca- wangan yang berdaftar dengan jumlah ahli lebih 6,000 orang dan masih terdapat ramai ahli baru yang ingin mendaftar.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai hasrat Umno Kimanis itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu berkata, ianya merupakan satu sokongan padu yang cukup kuat daripada Umno bahagian itu terhadap ketiga-tiga wakil rakyat yang ada di kawasan itu.

“Sungguhpun saya tidak dapat membuat keputusan mengenainya, tetapi saya akan menyampaikan hasrat bahagian ini (Kimanis) kepada Presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat itu.

“Nampaknya perpaduan di bahagian ini tidak retak dalam memberikan sokongan kepada wakil rakyat yang sedia ada,” katanya.

Ditanya mengenai laporan akhbar sebelum ini bahawa kononnya adanya ahli Umno di bahagian itu yang mahu Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman ditukar pada pilihan raya umum datang,

Md Isa berkata, apa yang penting bukan sama ada anak tempatan atau tidak tetapi yang penting ialah sumbangan dan perkhidmatan yang boleh disumbangkan oleh wakil rakyat itu.

“Kesannya dari segi perkhidmatan itu cukup penting jangan tengok dari segi anak tempatan atau bukan anak tempatan di kawasan itu.

“Nampaknya dalam perjumpaan saya tadi dengan Umno Bahagian ini (Kimanis) mereka masih menyokong dan memerlukan perkhidmatan ketiga-tiga wakil rakyat mereka (Anifah, Karim dan Mohd Arifin) serta mendapat sokongan Jawatankuasa Umno Bahagian termasuk sayap parti, Wanita, Pemuda dan juga Puteri Umno Bahagian,” katanya.

13 comments:

  1. Hopefully the best candidates will be able to gain the people's support during the next general elections, we shall wait and see.

    ReplyDelete
  2. The people must judge by themselves the right candidate that can be trusted to lead their district and their people for the next term. Vote wisely based on the candidate capabilities and credibility.

    ReplyDelete
  3. Well if this is a 'winning candidate', then by all means proceed then

    ReplyDelete
  4. End of the day it will all in the hands of the people to vote for their chosen representatives in the coming general election

    ReplyDelete
  5. jika mereka pemimpin yang baik, wajar mereka dikekalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti pencalonan mereka akan dipertimbangkan berdasarkan prestasi mereka selama berkidmatan.

      Delete
  6. semoga mereka akan terus dikekalkan.

    ReplyDelete
  7. Sekiranya kepimpinan mereka membawa banyak kebaikan dan pembangunan, mungkin harus dipertimbangankan.

    ReplyDelete
  8. Mereka ini rasanya masih relevan untuk penduduk Kimanis.

    ReplyDelete
  9. Pemimpin BN Sabah yang lain perlulah terus berusaha lebih bagi memastikan akan terus menjadi pilihan dan juga sokongan penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  10. betul tu.. sumbangan2 beliau tidak wajar dinafikan hanya kerana beliau bukan berasal dari kawasan itu..

    ReplyDelete
  11. kenyataan Haji Salleh ini membuktikan bahawa tidak semua ahli umno di kawasan itu menolak Anifah Aman..

    ReplyDelete
  12. Tidak kiralah pemimpin itu berasal dari mana, yang penting boleh buat kerja.

    ReplyDelete