Thursday 16 February 2012

WARGA EMAS KUALA PENYU SEMAKIN TERBELA



ZIARAH.....Azizah menziarahi Panak yang terlantar di kediamannya di Kampung Menunggang Kuala Penyu, kelmarin.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

SERAMAI empat warga emas di sini menerima bantuan kerusi roda yang disampaikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.

Bantuan kebajikan itu dihantar sendiri ke rumah penerima oleh Azizah dan Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort kecuali bantuan kepada warga emas dari Kampung Tidung diserahkan kepada ketua kampungnya pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kuala Penyu di sini, kelmarin.

Tiga penerima lain ialah Panak Liamat, 95 di Kampung Menunggang, Gayah Utir, 73 (Kg Mansud) dan Nauyah Intih 70 (Kg Layong).

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, John Teo Mau Sing; Pegawai Daerah Kuala Penyu, Edmond Teo; Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kkebajikan Am (JPKA) Sabah, Etong Terang; Ketua Daerah Kuala Penyu, Raymond Insi; Pegawai Kebajikan Masyarakat Beaufort, Rokiah Salleh dan Pengerusi PDK Kuala Penyu, Justine Bius.

Azizah yang juga Adun Klias berkata sebayak RM206,874 bantuan kebajikan telah disalurkan kepada 889 penduduk di sini pada tahun lalu.

KENANGAN....Gayah merakamkan gambar kenangan bersama Azizah dan rombongan yang menziarahinya di Kampung Mansud, Kuala Penyu.

11 comments:

  1. Harap lebih banyak bantuan sebegini akan dihulurkan kepada rakyat yang memerlukannya. Teruskan usaha untuk membantu rakyat susah.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin perlulah sentiasa memberikan bantuan kebajikan kepada orang ramai supaya masalah mereka dapat diringankan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanggungjawab seorang pemimpin terhadap rakyat bukan hanya ditetapkan pada satu masa tertentu tetapi secara berterusan.

      Delete
  3. This is a good effort shown by the leaders.

    ReplyDelete
  4. Hopefully there will be more such efforts in the future, and not just during election fever.

    ReplyDelete
  5. syabas kepada Datuk Azizah. teruskan usaha membantu rakyat yang memerlukan.

    ReplyDelete
  6. itulah tanggungjawa pemimpn, membantu rakyat yang susah.

    ReplyDelete
  7. Pujian kepada Dtk Azizah kerana sentiasa proaktif dan rajin turun padang.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kepada Pemimpin kerana terus mendekati rakyat dan juga cuba untuk membantu mereka.

    ReplyDelete
  9. syabas kepada Azizah kerana terus berkhidmat kepada masyarakat.. setakat ini, beliaulah wakil rakyat yang paling aktif di Sabah..

    ReplyDelete
  10. Kebajikan rakyat harus diutamakan. warga emas juga tidak diabai. pemimpin yang harus dicontohi.

    ReplyDelete