Tuesday 28 February 2012

WARTAWAN DI HIMPUNAN HIJAU KENA 8 JAHITAN



Oleh : SUSAN LOONE

WARTAWAN akhbar harian Cina, Kwong Wah Jit Poh; Adam Chew, 29, yang dibelasah semasa membuat liputan Himpunan Hijau 2.0 di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang, semalam, terpaksa memerlukan lapan jahitan akibat kecederaan di tangannya itu.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan, semalam yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Seorang lagi petugas Kwong Wah, Lee Hong Chun, 25, pula dilaporkan dipukul dengan topi keledar semasa bertugas. Beliau hanya mengalami kecederaan kecil dengan kesan lebam di kepalanya.

Chew, bagaimanapun, terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang pada kira-kira jam 8 malam selepas perhimpunan yang diadakan di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu disuraikan oleh pihak polis selepas diganggu oleh kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

Ketika dihubungi, Chew berkata kepalanya sedikit pening selepas dipukul oleh kira-kira enam lelaki yang terdiri daripada peserta kumpulan pro-Lynas, yang cuba untuk menghalang Himpunan Hijau yang dihadiri lebih daripada 500 orang itu, termasuk oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Katanya, beliau akan berjumpa doktor sekali lagi hari ini kerana matanya mempunyai kesan seperti darah beku.

"Saya tidak boleh bekerja dan doktor memberi saya cuti sakit serta meminta saya untuk datang semula jika saya mengalami pening mana-mana," katanya kepada Malaysiakini.

Menceritakan pengalamannya itu, Chew berkata beliau ditugaskan membuat liputan perhimpunan solidariti Himpunan Hijau seperti yang diadakan di bandar-bandar lain di seluruh negara, seperti di Kuala Lumpur, Perak dan Kuantan.

"Kejadian berlaku apabila ketua menteri turun dari pentas selepas ucapannya untuk menyertai orang ramai.

"Kumpulan pro-Lynas cuba mengganggu Lim tetapi kakitangan keselamatan mengepung dan mengekori rapat.

"Tetapi kumpulan itu berjaya untuk memecahkan ‘rantaian manusia’ yang dibuat itu dan saya juga cuba menghalang mereka daripada merapati Ketua Menteri," kata Chew.

Kumpulan berkenaan sebelum majlis bermula dilaporkan telah mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan 'isu Pulau Pinang' dengan melaungkan slogan 'Hidup Umno', "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Walaupun membuat bising dan memprovokasi peserta, namun tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Mereka juga dikatakan cuba mengganggu ucapan yang disampaikan.

Menurut Chew, kumpulan berkenaan selain menghamburkan kata-kata kesat, turut melemparkan kata-kata perkauman.

Namun apabila ditegur supaya tidak menimbulkan kata-kata perkauman yang boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini, kumpulan yang turut disertai oleh pemimpin Umno dan PERKASA itu mula menjadi berang.

"Kemudian mereka tarik tangan saya. Seorang daripada mereka memukul saya dengan topi keledar, dan lima rakannya juga memukul saya di kepala.

"Apa yang saya lakukan ialah cuma menghalang mereka daripada serang CM," katanya.

penang lynas himpunan hijau 260212Malam tadi, Lim juga mengunjungi Chew di hospital dengan beberapa pemimpin DAP dan setiausaha akhbar beliau.

Ketika dihubungi Lim berkata beliau terharu kerana Chew membahayakan dirinya untuk melindunginya namun beliau kecewa dan kesal terhadap apa yang berlaku kepada wartawan itu.

Beliau juga membidas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyemai benih-benih kebencian berbentuk perkauman di kalangan rakyat di negara ini. Menurut Lim, beliau akan mengadakan sidang akhbar pagi ini, untuk mengulas isu berkenaan.

"Saya juga telah arahkan setiausaha akhbar saya untuk memantau keadaan Chew. Jika beliau berasa pening atau tidak sihat, maka beliau mesti dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya

9 comments:

  1. waktu perhimpunan Bersih 2.0 dulu pun ada juga kes2 seperti ini yang timbul.

    ReplyDelete
  2. perkara ini perlu disiasat dari kedua2 belah pihak bagi mengetahui keadaan yangt sebenar.

    ReplyDelete
  3. My affirmation for these unfortunate journalists who stood in the line of fire while performing their job

    ReplyDelete
  4. The eyes of the world is upon Malaysia pertaining the LYNAS issue.

    ReplyDelete
  5. Hopefully the government will address this matter at earnest

    ReplyDelete
  6. himpunan seperti itu sudah tentu menimbulkan kekecohan kerana masing2 akan melakukan provokasi.. so, akur saja la jika ada apa2 petaka menimpa kepada peserta..

    ReplyDelete
  7. agaknya inilah yang dikatakan perhimpunan aman oleh pemimpin2 Pakatan..

    ReplyDelete
  8. Tahniahlah dengan perhimpunan yang memberikan perkara yang buruk kepada orang. Inilah cara KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT pada akan datang. Inikah yang kita mahu jadikan pemerintah. Budaya beginikah layak menjadi PM kita.

    ReplyDelete