Friday 24 February 2012

WEB LESOTHO MENANG ANUGERAH AMERIKA

LAMAN web Suruhanjaya Tinggi Lesotho di Malaysia memenangi Anugerah Web Amerika Syarikat untuk Kreativiti Cemerlang Disember lepas.

Laman web yang direka bentuk dan diselenggara oleh Limkokwing University of Creative Technology memenangi anugerah Pencapaian Cemerlang pada Anugerah Pembangunan Web untuk laman web perkhidmatan maklumat terbaik dari Pertubuhan Pemasaran Web Amerika Syarikat.

Lesotho turut menerima tiga Anugerah Antarabangsa Davey kerana kreativiti cemerlang dalam persembahan laman webnya iaitu mengenai pelancongan, amalan terbaik dan laman utama, Januari lepas.

Pesuruhjaya Tinggi Lesotho Ntsebe Kokome berkata laman web Suruhanjaya Tinggi Lesotho di Malaysia menyediakan maklumat penting untuk pelawat atas talian bagi tujuan pelaburan dan pelancongan. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment