Sunday 11 March 2012

123 BANGKIT TETAP DITERUSKAN

BELA Tanah Rakyat Sabah (TABAH) hari ini menegaskan bahawa Himpunan '123 Bangkit' akan tetap diteruskan.

Setiausahanya, Lahirul Latigu menegaskan, himpunan tersebut akan turut disertai dengan penyerahan memorandum oleh TABAH dan wakil setiap NGO dan parti-parti politik tempatan Sabah.

“Himpunan tetap diteruskan. Kita sudah tidak punya banyak masa untuk berdepan dengan pelbagai andaian. Arahan itu ini... itu adalah lumrah. Ini himpunan, bukan demonstrasi atau pemberontakan. Kena faham,” jelasnya.

Pada 9 Mac lalu, Ketua Polis Kota Kinabalu ACP Ahmad Sofi Zakaria memberi amaran kepada TABAH untuk tidak menganjurkan sebarang bentuk perhimpunan dan perarakan selagi tidak mendapatkan permit 10 hari sebelum tarikh penganjuran.

Menurut Lahirul, pihak TABAH mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi reaksi positif dengan perhimpunan. Pihak polis katanya, adalah diharapkan untuk memberi kerjasama dengan melakukan perkhidmatan pengawalan kepada peserta himpunan dengan baik tanpa berlaku kekasaran.

“Kita (TABAH) mengucapkan terima kasih kepada pihak polis. Adalah kita harapkan, pihak polis turut diminta untuk menjaga keharmonian dan keselamatan peserta. Kita tidak mahu polis sendiri yang memulakan kekasaran. Polis juga kita jemput untuk turut sama bersama rakyat pada 12 Mac ini,” katanya.

Pihak TABAH juga telah menyerahkan surat pemberitahuan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkaitan penyerahan memorandum yang akan dihantar kelak.

“Surat sudah kita hantar. Pengesahan penerimaan sudah kita perolehi. Jadi, pihak TABAH mempersilakan dengan cara terhormat untuk beliau (Datuk Seri Musa Aman) turun terima memorandum ini.

“Jika tidak, ini mencerminkan sikap sebenar ketua kerajaan Sabah yang tidak telus dan prihatin terhadap permasalahan rakyat,” ujarnya.

15 comments:

  1. apalah hasil mereka dpt dari perhimpunan tersebut?

    ReplyDelete
  2. Kerajaan negeri Sabah telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan penduduk pribumi di negeri ini tidak kehilangan hak-hak adat (NCR) tanah nenek moyang mereka.

    ReplyDelete
  3. Kebimbangan orang asli yang tinggal di kawasan hutan simpan di seluruh Sabah, yang mendakwa tanah adat mereka dirompak telah mendapat perhatian Kerajaan Negeri. Perkara ini telah dinyatakan oleh Negeri Pelancongan Kebudayaan, dan Alam Sekitar Menteri Masidi Manjun.

    ReplyDelete
  4. Atas kesedaran ini, kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah untuk menangani isu pemilikan tanah dan telah memastikan hak NCR pribumi dilindungi.

    ReplyDelete
  5. Menurut Masidi, pengeluaran komunal hak milik tanah adalah salah satu daripada langkah-langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mencegah tanah negeri, yang sepatutnya dimiliki oleh penduduk tempatan, daripada jatuh ke tangan orang luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengeluaran geran komunal dapat mengelakkan penduduk tempatan daripada menjual tanah dengan sesuka hati.

      Delete
  6. Masidi berkata terdapat dua sebab utama mengeluarkan geran ini - untuk meyakinkan penduduk kampung bahawa tanah tersebut adalah masih milik mereka mereka serta menghalang tanah tersebut jatuh ke tangan orang luar dan kedua, untuk memastikan tidak penduduk asal bertanggungjawab menjaga tanah tersebut dan tidak menjual tanah mereka kepada orang lain sewenang-wenangnya.

    ReplyDelete
  7. Disebabkan perhimpunan ini sudah mendapat persetujuan daripada pihak polis, maka ia satu perhimpunan yang sah.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kepada pihak polis kerana sangup memberikan permit untuk Tabah mengadakan perhimpunan ini.

    ReplyDelete
  9. Kesesakkan berlaku disebabkan oleh perhimpunan ini. Ini yang kita tidak mahu kerana mereka ini ramai orang yang terpaksa berbaris panjang disebabkan kesesakkan lalu lintas..

    ReplyDelete
  10. Tidak pasti sampai atau tidak jumlah yang dianggarkan dalam perhimpuan tersebut.

    ReplyDelete
  11. The Government is going all out to resolve issues such as illegal immigrants, NCR land, poverty and balanced development

    ReplyDelete
  12. "pihak polis turut diminta untuk menjaga keharmonian dan keselamatan peserta."

    menyusahkan betul la PAS ni.. dia bebankan lagi kerja polis dengan meminta supaya anggota polis menjaga keharmonian dan keselamatan perserta perhimpunan.. senang2 saja si Lahirul anjurkan perhimpunan dan ajak rakyat berhimpun beramai2, kemudian dia minta polis mengawal perhimpunan itu..

    ReplyDelete
  13. jika Lahirul tidak boleh menjaga kelakuan peserta2nya dan tidak boleh memberikan jaminan bahawa perhimpunan itu berlangsung dengan aman, baik tidak payah anjurkan perhimpunan..

    ReplyDelete
  14. jika Lahirul benar2 berjuang untuk hak rakyat Sabah, kenapa tidak carikan saja peguam atau menggunakan peguam2 dalam Pakatan untuk membawa masalah rakyat Sabah ke mahkamah?? adakah masalah rakyat Sabah tidak layak mendapat khidmat guaman Pakatan?? tetapi layak untuk dibawa ke jalanraya??

    ReplyDelete