Friday 23 March 2012

16 GRO DIBERKAS DI GEORGE TOWN



TIMBALAN Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh hari ini berkata polis telah menahan 15 wanita warga China dan seorang warga Vietnam berumur sekitar 20-an dan 30-an semasa mereka sedang melayan pelanggan di pusat hiburan di Jalan Penang pada pukul 2.30 pagi kelmarin.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dari Ibu Pejabat Kontinjen telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai menjadi orang tengah untuk mempromosi kegiatan GRO terbabit.

Polis turut menahan dua lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai tonto kerana menghalang tugas polis.

Beliau menambah, “Polis bertindak atas risikan dan maklumat awam telah beberapa kali melakukan serbuan di premis yang sama namun mereka masih tidak serik meneruskan kegiatan tidak bermoral itu," katanya hari ini.

Mohd Nasir berkata siasatan polis mendapati GRO terbabit telah menyalahgunakan pas lawatan sosial.

No comments:

Post a Comment