Monday 19 March 2012

20,000 BAKAL SERTAI MYGMJ


KIRA-KIRA 20,000 rakyat Malaysia dijangka menyertai perarakan Malaysia Global March to Jerusalem (MyGMJ) di Stadium Malawati Shah Alam, 30 Mac ini.

Pengerusi MyGMJ, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman berkata ia bertujuan menyampaikan mesej jelas bahawa sebahagian besar penduduk dunia cintakan keamanan dan menuntut kebebasan untuk Palestin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada persembahan 'rusuhan olok-olok' bagi menggambarkan keganasan Israel terhadap Palestin, yang disertai kira-kira 120 pelajar hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Delegasi MyGMJ, Nor Azmi Talib berkata satu perarakan keamanan akan bergerak ke Palestin sebelum ke Baitulmaqdis, atau kawasan terdekat.

"Kira-kira 20 pelajar dari Malaysia akan menyertai perarakan itu yang kami jangka akan bertolak ke Jordan pada 27 Mac. Kami dimaklumkan lebih 1,000 pelajar universiti dari Jordan dan Mesir akan turut serta dalam perarakan ini," katanya. (BERNAMA)

5 comments:

  1. Just hope that the organizer for this events will protect all the participants to ensure their safety and well being.

    ReplyDelete
  2. Personally I'm on the fence in this issue, but I do hope that Palestine and Israel will end this war between them in peace.

    ReplyDelete
  3. semoga nasib warga Palestine dpt dibela.

    ReplyDelete
  4. Bila agaknya warga palestin akan memperolehi keamanan.

    ReplyDelete
  5. kenapa perlu ajak pelajar untuk menyertai perarakan itu?? adakah selepas perarakan ini, keganasan Israel akan tamat??

    ReplyDelete