Friday 16 March 2012

37 PATI DITAHAN DALAM OPS SAYANG

Oleh : RUZAINI ZULKIFLI

SERAMAI 37 warga asing yang bekerja di pusat spa dan refleksologi telah ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dalam satu operasi khas besar-besaran di seluruh Sabah baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Mohammad Mentek berkata daripada angka itu, 27 individu dikenalpasti sebagai warga Filipina, sembilan warga Indonesia sementara seorang lagi adalah warganegara Thailand.

Menurutnya, operasi khas yang dinamakan Ops Sayang itu telah mula dilaksana sekitar akhir Januari hingga 29 Februari lepas meliputi pemeriksaan ke atas 764 pekerja pusat spa dan refleksologi di negeri ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 418 merupakan warga tempatan, 162 warganegara China, 132 warganegara Filipina dan juga 15 orang masing-masing dari Indonesia serta Thailand, dan hasil pemeriksaan seramai 37 individu telah ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa daripada jumlah itu, 17 individu telah disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalah guna pas pelawat sementara 20 lagi dipercayai tidak memiliki dokumen sah (Seksyen 6 (1) (c) Akta yang sama).

Mohammad berkata, operasi berkenaan adalah bertujuan memeriksa dokumen semua pekerja asing yang bekerja di setiap premis spa dan refleksologi di samping memberi penerangan dan khidmat nasihat kepada pengusaha berhubung peraturan-peraturan mengambil pekerja asing.

“Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 109 permis spa dan refleksologi telah diperiksa di seluruh Sabah di mana Bandaraya Kota Kinabalu mencatatkan jumlah operasi yang tertinggi iaitu sebanyak 74 premis telah diperiksa.

“Sehubungan itu, kita menasihatkan kepada semua pengusaha premis untuk mengambil pekerja asing yang mempunyai permit kerja sah dan mengikut kuota dibenarkan,” katanya.

Dalam kes berasingan, 46 pekerja kilang di Lahad Datu telah ditahan kerana disyaki melanggar pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dalam satu operasi.

Mohammad berkata, 37 individu daripadanya adalah warga Filipina, sementara yang lain-lain merupakan warganegara Indonesia.(Utusan Borneo)

5 comments:

  1. Good job from the Immigration department, hope that those who does not have any legit documentations will be send back.

    ReplyDelete
  2. More operations like this should be conducted to round out the illegal immigrants in the state.

    ReplyDelete
  3. Sudahlah menyemak saja di sini, bawa penyakit lagi! Tidak hairan jika mereka memberikan perkhidmatan yang lebih daripada sepatutnya.

    ReplyDelete
  4. serbuan seperti ini perlu lebih kerap dilakukan. pasti masih ramai lagi PATI yang bersembunyi.

    ReplyDelete
  5. Teruskan lagi operasi sebegini bagi memastikan pengurangkan jumlah PATI akan dapat diatasi di Negeri Sabah ini.

    ReplyDelete