Saturday 24 March 2012

AIR ASIA SEPERTI BAS HENTI-HENTI?



Saudara Pengarang,

RAKYAT Sabah berbangga kerana dapat terbang ke Kuala Lumpur dengan menaiki Penerbangan Tambang Murah Air Asia, tetapi sejak kebelakangan ini jadualnya seperti Bas Henti-Henti atau Bas Express di Tawau yang tidak mengikuti jadual. Saya menaiki Penerbangan AirAsia AK5153 dari Tawau-LCCT Kuala Lumpur yang sepatutnya berangkat pada jam 10.30 pagi tetapi ditunda pada jam 11.25 dan ditangguhkan lagi sehingga jam 12.30 tengah hari kelmarin. Hanya pada jam 12.50 baru kami dibenarkan memasuki kapal terbang. Masalahnya saya terlepas menghadiri acara penting kerana kelewatan penerbangan ini. Diharap AirAsia memperkenalkan sistem penalti seperti Pizza Hut iaitu memberi percuma Pizza jika tidak dapat disiapkan dalam tempoh tertentu; mungkin dalam bentuk makanan percuma dalam penerbangan! Salam Hormat, CITRA MASADI

No comments:

Post a Comment