Sunday 4 March 2012

AMANAH ANJUR 'FPR' BERMULA 10 MAC



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

ANGKATAN Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) Sabah akan mengadakan 'Forum Pendemokrasian Rakyat' (FPR) yang dijangka bermula pada 10 Mac ini di Dewan Keluarga Damit,Tenghilan, Tuaran sebagai usaha memberikan pendedahan pentingnya sistem demokrasi di Malaysia.

Timbalan Pengerusi AMANAH Sabah, Datuk Monggoh Orow menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat perlaksanaan forum tersebut di Tuaran bahawa FPR merupakan sebahagian daripada kegiatan AMANAH pada tahun ini, setelah Jawatankuasa AMANAH dibentuk tahun lalu oleh Timbalan Presiden AMANAH Malaysia, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.

Mesyuarat perlaksanaan Forum Isu-Isu Semasa Pendemokrasian Rakyat yang dipengerusikan Monggoh turut dihadiri oleh Pengerusi Penganjur Forum tersebut;, Datuk Kalakau Untol; Naib Pengerusi AMANAH Tuaran, Mohd Fairuz Bandar; Ketua AMANAH Kota Marudu, Berman Angkap; Setiausaha AMANAH Kota Belud, DR.Saiman Sandah; Ketua Penarangan AMANAH Tuaran, Haji AWang Puasa Jambul dan Pengerusi AMANAH Kawasan Sulaman, Haji Ghulabdin Enjih.

"Sebenarnya negara kita telah mengunapakai sistem demokrasi dalam pelbagai pemilihan sama ada di kampung, bandar dan negeri, termasuklah pada semua pilihanraya; namun dalam kebanyakan masa pengunaan sistem berkenaan dilaksanakan, ada juga kelemahan dan teguran diajukan kepada pihak berwajib," kata Monggoh yang meyakini amalan demokrasi memerlukan penambahbaikan ke arah memberikan kepuasan kepada semua pihak, terutama dalam mendepani persaingan minda dan kecapaian kemajuan negara.

Sehubungan itu, kata Monggoh, dalam menyahut penambahbaikan sistem demokrasi itu, pihaknya terpanggil untuk mengkaji dan melihat semula sistem demokrasi itu sendiri; termasuk kekuatan, kekurangan melalui teguran dan pandangan dari rakyat yang terlibat.

"Semua isu semasa dan cadangan pemurnian demokrasi menerusi FPR ini akan dikumpul daripada pelbagai peringkat masyarakat untuk dikemukakan kepada Kerajaan," kata Monggoh lagi.

Beliau berkata FPR akan disertai oleh tokoh-tokoh politik tanah air terdiri daripada Ahli Parlimen Kawasan Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tian Chua; Bekas Timbalan Menteri Buruh Malaysia, Datuk Kalakau Untol; Pengerusi Pertubuhan PERKASA Sabah, Musli Oli; Mantan Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Nijzar Jamaluddin dan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu.

Malah kata Monggoh, kesemua anggota panel khas itu juga akan bertanggungjawab untuk menerima sebarang persoalan dan cadangan yang akan menjadi satu memorandum untuk dikemukakan kepada yang berwajib seperti Suruhanjaya Pilihanraya dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini.

Monggoh juga telah mengumumkan tarikh dan tempat cadangan untuk mengadakan Forum Isu-Isu Pendemokerasian Rakyat seperti berikut; di Kawasan Parlimen Tuaran pada 10 Mac ini di Dewan Keluarga Damit Tenghilan, Tuaran; di Kawasan Sulaman akan diadakan pada 24 Mac 2012 bertempat di Resturant Singgah Singgarung, Jalan Pantai Dalit ,Tuaran; di Kota Belud pada 8 April; di Kota Marudu pada 5 Mei dan di Keningau pada 26 Mei ini. Sementara di daerah lain akan ditentukan kemudian sehingga akhir tahun ini.

4 comments:

  1. Democracy should be upheld in this country.

    ReplyDelete
  2. Forum Pendemokrasian Rakyat ni diharap dapat memberikan manfaat kepada rakyat. Sememangnya demokrasi amat penting di negara ini.

    ReplyDelete
  3. Setiap orang ada hak untuk bersuara. Itu adalah kuasa demokrasi yang ada di Negara kita ini.

    ReplyDelete
  4. demokrasi memang sudah wujud di negara ini.. apa lagi yang perlu diperbaiki?? lebih baik AMANAH memfokuskan kepada isu2 kritikal yang dihadapi oleh rakyat Sabah masa kini seperti isu tanah dan pati..

    ReplyDelete