Monday 26 March 2012

ANJAKAN PARADIGMA PRDM PERLU SEIRING CABARAN



ANGGOTA dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu melakukan anjakan paradigma pemikiran seiring dengan cabaran dan tuntutan semasa, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, langkah itu bagi membolehkan PDRM menangani masalah jenayah secara tegas, strategik dan berkesan demi menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam terpelihara.

"Hakikatnya, pada hari ini kita bukan sahaja berhadapan dengan cabaran jenayah, bahkan juga ancaman puak pelampau dan golongan subversif, jenayah siber, penyeludupan dan pemerdagangan manusia, keganasan, jenayah rentas sempadan dan sebagainya," katanya pada majlis sambutan Hari Polis Ke-205 di Putatan dekat sini.

Musa turut memuji tahap profesionalisme dan dedikasi yang ditunjukkan oleh PDRM Kontinjen Sabah dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan, termasuk usaha berinteraksi dengan masyarakat semasa turun padang atau menerusi laman web sosial.

Beliau turut meminta masyarakat supaya memberi kerjasama kepada PDRM, termasuk dalam pelbagai program polis seperti Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan program kepolisan masyarakat. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment