Friday 16 March 2012

ANWAR PATUT PECAT RAFIZI


Oleh : AZMAN ARIFFIN

SIDANG media oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR semalam, kononnya untuk mendedahkan ‘bukti kukuh’ mengenai dokumen yang mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan wang rakyat untuk membiayai majlis pertunangan anak perempuannya pada Jun 2011, rupanya berakhir dengan bencana.

Penulis tersentak bila dimaklumkan bahawa dokumen yang ditunjukkan dan diedarkan kepada media sebenarnya hanyalah 'sebutharga' oleh pihak hotel Shangri La untuk penganjuran majlis tersebut; bukan dokumen pembayaran oleh pihak kerajaan kepada hotel tersebut bagi membiayai majlis itu.

Dokumen tersebut boleh dirujuk di sini.

Sebutharga, dalam apa keadaan sekalipun tidak membayangkan kos sebenar penganjuran sesuatu Majlis. Kos sebenar dicatat dalam tuntutan bil kepada pelanggan.

Logiknya juga, dalam apa-apa kes sedemikian, untuk membuktikan bahawa wang kerajaan Malaysia digunakan untuk membiayai majlis seperti ini, dokumen biasa dalam urusan pembelian oleh kerajaan seperti LOA dan sebagainya perlulah ditunjukan, yang mana gagal dilakukan Rafizi.

Dalam hal ini kita perlu bercakap yang benar walaupun pahit, bak kata ramai, matlamat tidak menghalalkan cara.

Bagi seorang terpelajar dan cemerlang dalam bidang pendidikan sepertinya, kesilapan mudah seperti ini amatlah dikesali. Mengejutkan, ini bukanlah kesilapan pertama Rafizi, sebelum ini pun beliau terperangkap dengan pelbagai pendedahan tidak menjadi yang akhirnya hanya memalukan PKR dan Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh dalam soal NFC. Sehingga sekarang, Rafizi masih gagal membuktikan bahawa Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat dalam soal penyelewengan dana berjumlah RM 250 juta itu. Yang terdedah setakat ini ialah penyelewengan yang mungkin dilakukan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail iaitu suami Shahrizat.

Tapi suami Shahrizat tidak terlibat dalam politik manakala Shahrizat tidak terlibat langsung dalam perniagaan suaminya. Itu belum lagi disebutkan bagaimana Ketua Pengarah Audit Negara, Tan Sri Ambrin yang mengesahkan di sini, bahawa Laporan Audit Negara 2010 tidak langsung menyatakan wujudnya penyelewengan dalam projek NFC seperti mana didakwa Rafizi!

Hal yang sama juga menyebabkan Rafizi diarahkan PKR untuk pergi ke London bagi menenangkan seketika keadaan.

Ketika di London, Rafizi sempat mengadakan sesi debat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin. Walaupun banyak pihak dalam Pakatan Rakyat menyangka Rafizi ‘menang’ dalam debat tersebut tapi jika diteliti keseluruhan sesi debat di sini, Rafizi sebenarnya jauh ketinggalan jika nak dibandingkan dengan Khairy.

Malah pada satu ketika, Rafizi secara terbuka mengakui Khairy adalah lebih hebat darinya!

Semua ini membayangkan kegagalan Rafizi ssebagai ahli politik yang sedang mencipta nama di persada politik negara. Penulis tidak rasa Rafizi mampu maju jauh ke depan jika berterusan mempamerkan kebodohan seperti ini. Bukan setakat itu, penulis dan ramai lagi rakan dalam Pakatan Rakyat sudah mula melihat Rafizi sebagai liabiliti kepada PKR.

Kita perlukan seorang pemimpin yang bersih untuk ditonjolkan dalam pilihanraya umum akan datang, bukan yang sedia terpalit dengan pelbagai kegagalan seperti Rafizi. Jawatan Pengarah Strategik PKR itu sendiri telah menunjukkan kepentingannya kepada parti.

Tidak boleh ada sebarang kegagalan atau penjawatnya perlu ditukar kepada yang lebih layak.

Jelasnya, banyak yang perlu diperbetulkan oleh Rafizi sebelum boleh mendakwa dirinya hebat. Setakat yang ternampak, tidak ada apa yang boleh dibanggakan sangat.

9 comments:

  1. Rafizi just manage to get the quotation from Shanghai-La. But it does not represent the real cost of the actual event.

    ReplyDelete
  2. PKR can only get this sort of 'proof' which are not really proof at all. Sad.

    ReplyDelete
  3. Rafizi akan melakukan apa saja agar namanya naik dan bertahan dalam arena politik.

    ReplyDelete
  4. sejak awal2 lagi pihak di jabatan perdana menteri telah mengatakan bahawa dokumen itu hanya dokumen sebutharga, bukannya bukti pembayaran.. namun disebabkan Rafizi terdesak mahu dilihat sebagai hero, maka dibedalnya saja walaupun dia tahu dokumen itu bukannya bukti kukuh..

    ReplyDelete
  5. Rafizi memang patut dipecat sebelum beliau membuat lebih banyak pendedahan yang mendedahkan tahap pemikiran pemimpin2 PKR..

    agaknya dia tidak takut membuat fitnah dan pembohongan kerana kerajaan PKR selangor akan menggunakan dana awam untuk menanggung kos guaman pemimpin2nya sekiranya dihadapakn ke mahkamah sebagaimana yang dilakukan terhadap adun seri muda.. itu lebih jelas penyalahgunaan dana awam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Big Boss sudah suruh macam tu. buat saja la. memang tugas dia macam tu.

      Delete
  6. Memang patut dipecat. Memalukan saja. Buat tuduhan tapi gagal membuktikan.

    ReplyDelete
  7. PM telahpun beri penjelasan akan hal ini, Rafizi tak perlu nak buat pembohongan lagi.

    ReplyDelete
  8. Rafizi ini seperti orang yang tidak berpendidikan langsung. Sebutharga tidak menandakan itu satu perbelanjaan. Mungkin Rafizi cuba mencari popularity dengan pelbagai isu yang tidak masuk akal.

    ReplyDelete