Tuesday 20 March 2012

ANWAR TAKUT RPK BOCOR RAHSIA



TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin (RPK) dari senarai peserta forum itu.

Muhyiddin berkata, keengganan ketua pembangkang itu untuk berdepan dengan pengendali portal Malaysia-Today menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.

"Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.

"Jadi, kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya UMNO Wilayah Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini hari ini.

Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu turut mempertemukan pengasas laman web WikiLeaks Julian Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment