Thursday 15 March 2012

AUTOSHOW DI KLIAS, SABTU INI


PENGANJUR.....Zulkarnain (duduk dua kiri) bersama jawatankuasa penganjur Pertandingan Autoshow yang akan di Kg Rancangan Klias Beaufort Sabtu ini.

PERSATUAN Belia anak-anak Beaufort (PBAB), Belia Inovatif Rancangan dan Pemadam akan mengadakan Pertandingan Autoshow 1Malaysia di perkarangan Sekolah Kebangsaan Rancangan Klias di sini pada 17 Mac ini bermula jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang.

Pengerusi Penganjur, Zulkarnain Abdullah berkata penyertaan autoshow itu terbuka kepada kereta Kancil, Viva dan Myvi. Pihak penganjur juga turut mengalu-alukan penyertaan daripada penggemar motorsikal berhias.

Program itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata program yang menjurus ke arah memperkasakan transformasi belia itu diadakan sebagai salah satu usaha menyediakan pengisian masa lapang golongan belia dengan aktiviti berfaedah dan ianya diharap akan dapat menjauhkan belia daripada terjebak dengan gejala sosial.

“Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada belia mempersembahkan perhiasan kereta mereka tetapi pihak penganjur juga turut mengadakan bengkel berkaitan ilmu autoshow.

“Kita berharap melalui program ini mereka akan mendapagt ilmu pengetahuan mengenai autoshow dan ianya akan memberi manfaat pada masa akan datang dengan menggunapakai ilmu itu untuk menjadikan sebagai sumber pendapatan baru.

“Saya yakin ilmu dan kaedah menghias kereta ini boleh menjadi sumber aspirasi perniagaan auto show kepada belia yang komited dalam mencari peluang perniagaan baru mengikut perkembangan pasaran semasa,” katanya.

Zulkarnain yang juga Pengerusi PBAB berkata pihak Pemadam juga akan menagadakan pameran dan pada sebelah pagi sesi ceramah daripada pemadam turut diadakan.

“Kita juga akan mengadakan Klinik bergerak kepada wanita, bas bergerak perpustakaan, derma darah, daftar pengundi baharu, sukaneka, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, acara tarik tali, pertandingan karaoke dan pameran kraftangan,” katanya.

Bagi pihak penganjur beliau mengalu-alukan penyertaan belia khususnya kepada penggemar kereta dan motorsikal berhias.

“Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan autoshow ini dialu-laukan datang dan borang penyertaan boleh didapati di kuanter urusetia pada hari tersebut seawal jam 7.30 pagi. Untuk informasi lanjut dan ingin mengambil borang penyertaan sila hubungi Ikhwan Mazlan mlelalui telefon 016 818 7653 atau 014 559 7653,” katanya sambil menjemput orang ramai datang beramai-ramai ke program tersebut.

No comments:

Post a Comment