Thursday 1 March 2012

BADRULAMIN PATUT TUTUP MULUT



Oleh : AZMAN ARIFFIN

BANYAK yang telah penulis baca dan lihat berkenaan dengan kes khalwat membabitkan Penasihat Menteri Besar Selangor, Dr. Badrulamin Bahron. Malangnya, semua yang penulis lihat tidak langsung menyebelahi Dr. Badrulamin.

Antara yang mencetus lebih banyak persoalan ialah dakwaan Badrulamin yang dia dibelasah dan dikurung 20 orang lelaki yang dibawa suami perempuan berkenaan. Keengganannya membuat lapuran polis, keengganannya mendapatkan rawatan di hospital setelah mendakwa dibelasah 20 lelaki dan pihak hotel yang menafikan 20 samseng datang menceroboh hotel tersebut pada malam kejadian.

Terbaru, Badrulamin mendakwa pembantunya diberi rasuah supaya tidak menjadi saksinya dalam kes khalwat tersebut.

Kalau dirangkumkan semua sekali, seolah-olahnya Badrulamin kehilangan semua punca untuknya membela diri! Penulis tidak percaya keadaan ini boleh berlaku, paling tidak, sudah tentu ada rakaman CCTV hotel bagi membuktikan hotel itu diceroboh 20 orang samseng yang dibawa suami wanita tersebut.

Tapi paling penting, Badrulamin perlulah membuat laporan polis terlebih dahulu, kerana hanya dengan cara tersebut baru siasatan yang sewajarnya boleh dilakukan dan kebenaran disebalik kejadian tersebut boleh didedahkan kepada umum.

Yang penting dalam kes-kes sedemikian ialah bukti!

Badrulamin yang sudah boleh dianggap sebagai ahli politik veteran, sudah tentu sedia maklum akan hal ini. Rakyat mungkin boleh terbawa-bawa dengan persepsi, tapi itu dalam keadaan tertentu sahaja, bukan dalam semua keadaan.

Jadi amat penting sebenarnya Badrulamin membiarkan siasatan yang sewajarnya berjalan dan paling penting membuat apa yang sewajarnya dibuat bagi orang yang mendakwa dianiaya sepertinya, iaitu laporan polis. Itu adalah jauh lebih baik daripada bercakap tentang perkara-perkara yang tidak boleh dibuktikan bila disoal balik.

Dugaan yang ditimpakan Allah swt ke atas Badrulamin ini pada penulis kecil saja, jika nak dibandingkan dengan dugaan yang lebih besar seperti dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mungkin dengan statusnya sebagai Penasihat Agama Menteri Besar Selangor, hal-hal yang sedemikian sedikit sebanyak mencalarkan maruahnya sebagai seorang ahli agama.

Apatah lagi bila membabitkan kes khalwat dengan isteri orang.

Tapi, dengan membuat dakwaan-dakwaan balas yang sukar dibuktikan atau mudah dipatahkan pihak-pihak terbabit, itu akan lebih menjejaskan lagi reputasi Badrulamin.

Paling penulis takutkan ialah, kes ini juga akan menyebabkan persepsi rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat juga akan ikut berubah kerana penulis yakin, kalau itu berlaku, lebih baik Badrulamin melepaskan semua jawatannya dalam parti dan kerajaan Negeri Selangor.

Justeru penulis menggesa Badrulamin, menutup mulut dan menunggu sehingga siasatan kes ini selesai. Jika kita bercakap tentang keadilan, maka biarkanlah proses yang sepatutnya berjalan. Tanpa kita pula memburukkan lagi keadaan.

4 comments:

  1. jika beliau tidak bersalah pasti beliau akan terlepas dari tuduhan tersebut.tidak perlu takut.

    ReplyDelete
  2. Bukti itulah yang sangat penting sekarang ini. Harap peraka ini akan dapat diselesaikan sebaiknya.

    ReplyDelete
  3. inilah buktinya pemimpin2 Pakatan tidak segan silu membuat pembohongan dan tidak pernah rasa bersalah semata2 mahu menjaga kepentingan parti dan juga diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. Hopefully this case will be resolved and closed soon. We don't want this issue speculated so much when there are more important things need attention.

    ReplyDelete