Wednesday 7 March 2012

BELIA MAHU DIBERI KEUTAMAAN PROJEK MESEJ


Oleh : ROZIE JUMAT

BELIA di kawasan pedalaman mahu lebih banyak golongan itu dilibatkan dengan projek kerajaan yang membantu meningkatkan taraf hidup seperti projek Mini Estet Sejahtera (Mesej) iaitu usaha murni kerajaan membasmi kemiskinan.

Presiden Pertubuhan Belia Dinamik Pedalaman (PBDP), Juse Reoyston Loibin berkata, ramai di kalangan belia tidak memiliki tanah dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

“Malahan masih ramai yang tinggal dengan keluarga meskipun sudah berumah tangga kerana ketidak mampuan memiliki rumah disebabkan tidak mempunyai pendapatan yang tetap,” kata Juse.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan ke tapak Projek Bantuan Rumah (PBR) Mikro Mesej di Kampung Liau Darat bersama-sama dengan ahlinya.

Katanya, program seumpama itu sangat baik dan sangat dialu-alukan kerana kerajaan menyediakan prasarana untuk peserta yang dipilih dari kalangan miskin.

“Tidak keterlaluan saya katakan masih ramai belia di pedalaman tergolong dalam kemiskinan dan tidak bertanah, oleh itu kita minta kerajaan mengutamakan belia dalam soal pemilihan peserta. Kami sedia menjadi jambatan,” kata Juse.

Lebih-lebih lagi kata Juse, beliau difahamkan terdapat 2 peserta yang terpilih dalam program mikro mesej di Kampung Liau Darat itu adalah orang yang berada di luar daerah Keningau.

“Kita rayu agar belia diberi peluang untuk menyertai projek mikro mesej di Kampung Liau Darat, kerana dua penerima itu adalah dari Kota Kinabalu dan Sandakan, ini tidak adil bagi penduduk pedalaman,” kata Juse.

Mengenai kawasan perumahan dan ladang Mikro Mesej yang kelihatan terbiar, Juse berkata beliau yakin kerajaan mempunyai perancangan terbaik dalam menangani keadaan tersebut.

“Cuma kita tidak mahu projek yang baik ini dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk terus melontarkan tohmahan yang tidak berasas kepada kerajaan yang bersungguh-sungguh memastikan projek ini berjaya demi kebaikan rakyat,” kata Juse.

Namun katanya adalah lebih baik projek itu dimulakan dengan segera memandangkan semua kemudahan telah tersedia.

“Bila peserta mendiami perumahan mikro mesej sudah tentu tanggungjawab membersihkan kawasan di tangan mereka memandangkan tanaman getah ditenggelami oleh semak samun,’ kata Juse.

13 comments:

  1. The Mesej Project sound like a good program to help the poor to be more productive. It allows them to generate their own income without having to rely on the government handouts.

    ReplyDelete
    Replies
    1. More youths should be given the chance to involved in the Mesej project.

      Delete
    2. Harus libatkan belia tempatan kita dalam projek seperti ini.

      Delete
  2. Those who are given the opportunity should do their best instead of wasting it.

    ReplyDelete
  3. ya.. golongan belia harus diberi peluang untuk terlibat dalam projek mesej, mereka harus diberi peluang untuk maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Golongan belia harus mengambil peluang ini agar dapat menimba pengalaman.

      Delete
  4. 3 such estates in Pulau Sebatik (Tawau), Bunang (Sook) and Kampung Lanung (Tongod) have been occupied by 1,700 families.

    ReplyDelete
  5. Mungkin program ini perlu diambil serius. Jangan biarkan terhenti begitu saja.

    ReplyDelete
  6. Selamat berjaya, harap projek seperti ini akan dapat di teruskan.

    ReplyDelete
  7. saya setuju bahawa belia perlu diberikan keutamaan.. jika golongan ini terus dibiarkan dibelenggu kemiskinan, bermakna kemiskinan di negeri ini akan terus diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia juga dapat elakkan belia merantau keluar dari Sabah semata-mata untuk cari wang bila merasakan tiada peluang di tempat sendiri.

      Delete
  8. saya harap PBDP akan terus berjuang untuk nasib para belia di negeri ini.. mainkan peranan anda dalam mengetengahkan mana2 kumpulan yang semakin diabaikan atau kurang diberikan perhatian oleh kerajaan..

    ReplyDelete
  9. Kerajaan sentiasa berusaha untuk membantu rakyatnya keluar dari kemiskinan tegar. Bila peluang sudah disediakan, diharap rakyat pun berusaha untuk merebut peluang yang ada. Wujudnya pertubuhan seperti PBDB adalah suatu inisiatif yang baik.

    ReplyDelete