Monday 26 March 2012

BN BERI NAFAS BARU BUAT RAKYAT SABAH




Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) yang menerajui pemerintahan negeri Sabah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk membangunkan semua kawasan yang diwakili sama ada di dalam bandar mahupun di kawasan luar bandar.

Dalam ucapan perasmiannya di Majlis Program Karnival Kesyukuran Perasmian 24 Jambatan Konkrit Kampung Sim-Sim Melayu Bumiputera Sandakan, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hj Musa Hj Aman, menjelaskan kerajaan BN terus memberi harapan dan nafas baru untuk rakyat jelata terus menikmati pelbagai kemudahan asas tanpa mengira siapa dia orang itu.

Kata Musa lagi, ini juga satu kemajuan yang telah dicapai yang diusahkan oleh Ahli Parlimen Sandakan Datuk V.K Liew kerana mengambil berat dalam prasarana kawasan yang diwakilinya.

"Dari itu rakyat harus memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasioanal (BN) kerana tanpa sokongan sedemikian maka kerajaan agak sukar memberikan pembangunan di kawasan yang mereka wakili,” tegasnya Musa.

Majlis yang diadakan di tengah-tengah jalan raya telah dihadiri lebih 1,000 orang kebanyakannya para penyokong parti kerajaan, selebihnya orang kampung Sim-Sim.

Sebagai pengisian program tersebut, pelbagai aturcara menarik telah diadakan selain persembahan nyanyian karaoke yang merupakan acara kemunca,cabutan tiket bertuah, pertandingan jambatan tercantik dan pameran produk-produk buatan tempatan dan luar negeri

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew menjelaskan bahawa janji pemimpin Barisan Nasional (BN), walaupun lewat sedikit pastinya akan tertunai juga; tetapi jika janji-janji pembangkang diibaratkan tin kosong, suara nyaring tetapi kosong. Pembangkang pandai berjanji dengan air liur sahaja.

Katanya, dengan terbinanya 24 jambatan konkrit tersebut, telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh lebih 1000 penduduk kampung tersebut.

Kata V.K Liew lagi, sebelum pembinaan jambatan tersebut penduduk kampung menggunakan jambatan kayu (papan) yang mudah rosak dan beberapa kali mengundang kecelakaan kepada pengguna setempat; terutama setelah pengantin jatuh ke laut; bahkan ada orang meninggal tertimpa keranda semasa mengusung jenazah untuk dikebumikan kerana jambatan kayu runtuh.

“Sebagai Ahli Parlimen Sandakan saya akan terus berazam dan lebih fokus meningkatkan aspek pembangunan prasarana yang lebih pesat, sejajar dengan slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment