Monday 12 March 2012

BN MESTI BERGERAK SATU PASUKAN

KETUA Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman mahu Barisan Nasional (BN) Sabah supaya bersatu dan bergerak sebagai satu pasukan bagi menghadapi cabaran pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Ketika membuat seruan itu, beliau berkata kerjasama yang erat dan kukuh di kalangan anggota parti komponen BN negeri amat penting bagi memastikan Sabah terus kekal sebagai kubu kuat BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Saya minta anggota BN Sabah supaya terus kukuhkan dan mantapkan parti di semua peringkat akar umbi yang menjadi tunjang dan kekuatan parti.

“Ini semua akan menjamin kejayaan kekal milik kita.Kita perlu bersatu padu untuk perkasakan parti, sekaligus memastikan BN mencapai kejayaan yang cemerlang,” katanya dalam ucapan penutupan Majlis Penerangan Perdana Zon 2 di Dewan Masyarakat Menggatal, dekat sini, kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Musa turut meminta BN negeri supaya memperhebatkan program mendekati rakyat terutama golongan muda dan pengundi baru dengan kaedah bersesuaian.

Katanya, ini termasuk penggunaan media baru, blog dan laman sosial seperti facebook dan twitter yang dilihat menjadi landasan terbaik untuk berinteraksi dan memahami kehendak dan hasrat rakyat.

“BN Sabah juga perlu menggerakkan jentera, perang saraf khususnya pada sayap-sayap parti,” katanya.

Musa juga menekankan pentingnya budaya turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat terutama di kawasan luar bandar.

“Jangan sia-siakan kepercayaan dan keyakinan yang diberikan oleh rakyat kepada kita. Apa yang dilakukan Barisan Nasional selama ini adalah atas dasar tanggungjawab dan keikhlasan dalam membela nasib seluruh rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata penganjuran program penerangan itu wajar dan tepat pada masanya kerana ia akan mengukuhkan lagi kerjasama di kalangan anggota parti komponen BN.

“Program seumpama ini akan memberi peluang untuk kita berinteraksi secara berkesan bagi memahami permasalahan yang dihadapi rakyat, seterusnya mencari penyelesaian terbaik,” kata beliau pada majlis yang turut dihadiri oleh para pemimpin dan ahli-ahli BN daripada Zon 2.

17 comments:

  1. Datuk Seri Musa Aman has emphasised the importance for all Umno and BN members to give total support to any candidate picked by the top leadership for the coming 13th General Election

    ReplyDelete
    Replies
    1. dgn kepimpinan Musa Aman, pasti ia dpt teruskan prestasi cemerlang BN di Sabah.

      Delete
    2. Sokongan yang kuat ke atas calon yang terpilih akan memudahkan kemenangan BN.

      Delete
  2. the struggle in BN is a party struggle and not an individual one, especially in ensuring the coalition wins all State and parliamentary seats, including wresting all seats that were lost to opposition candidates

    ReplyDelete
  3. All party component should work towards the same agenda.

    ReplyDelete
  4. Musa masih kuat di Sabah walaupun banyak komen negatif terhadap beliau.

    ReplyDelete
  5. WR harus turun padang dan memahami keadaan sebenar rakyat.

    ReplyDelete
  6. Bn menghadapi cabaran giat dari parti pembangkang di PRU 13 ini. Semoga strategy baru BN menghasil.

    ReplyDelete
  7. The technology work better to stay close with the people.

    ReplyDelete
  8. semua ahli BN kenalah bekerjasama dan saling menyokong satu sama lain, dgn ini pasti akan kukuh dan sukar nak dikalahkan.

    ReplyDelete
  9. Itu satu nasihat pembakar semangat untuk semua ahli BN.

    ReplyDelete
  10. Jika kita bergerak dalam satu pasukan sudah semestinya kita akan dapat mencapai kejayaan dan kekuatan dalam parti itu sendiri.

    ReplyDelete
  11. Teruskan berinteraksi dengan rakyat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Ini adalah antara satu perkara yang wajib diambil perhatian.

    ReplyDelete
  12. Datuk Musa Aman semamgnyan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan satu pasukan. Walaupun pelbagai dugaan yang dihadapi namun beliau terus mementingkan tanggungjawab kepada rakyat.

    ReplyDelete
  13. Kerajaan Negeri harus terus bersatu dan memastikan akan memberikan sokongan kepada rakyat. Kerana itulah yang terbaik untuk semua. Kerjasamalah yang menguatkan sokongan dan kepercayaan penduduk.

    ReplyDelete
  14. BN sudahpun bergerak satu pasukan.. hanya pembangkang Sabah saja yang belum bergerak dalam satu pasukan..

    ReplyDelete
  15. Semoga BN akan terus mendekati rakyat dengan pelbagai pendekatan. sokongan pasti akan menyebelahi mereka.

    ReplyDelete