Sunday 4 March 2012

BN TERUSKAN TRADISI MEMBELA RAKYAT

Oleh :SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

RAKYAT Malaysia amat beruntung jika dibandingkan dengan penduduk-penduduk di negara lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan juga Filipina kerana terus mendapat pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) tanpa mengira anutan agama dan fahaman politik.

Ini terbukti melalui program 'Dasar Transformasi Nasional Bajet Membela Rakyat Mensejahtera Negara' antara lain yang disebut sebagai '100 Touch Points Belanjawan 2012' telah membelanjakan beratus-ratus juta ringgit untuk menjana ekonomi bagi kepentingan rakyat Malaysia sejagat.

Demikian dalam ucapan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong di majlis Taklimat Penerangan Jentera Pilihanraya BN Sandakan yang di adakan di Ballroom Sanbay Hotel Sandakan baru-baru ini.

Kata Liew, untuk merendahkan kadar inflasi dan mengimarahkan kehidupan rakyat kerajaan BN telah memberikan bantuan RM500 (BR1M) kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Bukan itu saja, Tambah Liew banyak lagi program kerajaan seperti pemberian subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM33.2 bilian diteruskan; manakala pemberian subsidi bil elektrik di bawah RM20; peluasan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) meliputi keperluan harian pengguna pada harga sehingga 40% lebih rendah iaitu lebih RM40 juta.

Selain itu, kata Liew lagi, untuk meningkatkan tahap ekonomi rakyat supaya berjimat cermat dan jadi budaya menabung, kerajaan telah mewujudkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA) yang diperkenalan kepada semua rakyat jelata untuk yang bermanfaat 100 ribu isi rumah yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dan pelaburan ini dijangka memberi pulangan bersih yang menarik dan menguntungkan kepada setiap pelabur.

"Jadi saya harap rakyat di negara ini, khususnya penduduk kawasan Sandakan di bawah naungan Parlimen P186 tidak kira masyarakat Melayu, Bumiputera dan kaum Cina akan terus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi untuk memberikan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 agar dapat mengekalkan semua kerusi dan menawan semula kerusi yang terlepas kepada pembangkang," ujar Liew dengan penuh semangat.

No comments:

Post a Comment