Sunday 4 March 2012

BUDAK 12 TAHUN KENA CEKUP JUAL DADAH

Oleh : WILLIE JUDE JUNAIDI

SEORANG kanak-kanak berusia 12 tahun ditahan polis selepas didapati memiliki 59 tiub straw berisi syabu dalam satu serbuan di sebuah penginapan di Kampung Air di sini baru-baru ini.

Dalam serbuan pada Khamis kira-kira jam 3 petang itu, budak terbabit ditahan di sebuah bilik di rumah penginapan berkenaan sebelum sepasukan polis dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menemui sejumlah dadah di dalam poket seluarnya.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya, Superintendan M. Chandra berkata serbuan dilakukan selepas pihak polis menerima maklumat daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaan yang dibuat terhadap suspek, polis menemui 59 tiub straw yang berisi syabu dengan anggaran berat sebanyak 5 gram daripada poket seluarnya.

“Siasatan awal mendapati suspek juga merupakan seorang penjual rokok di kaki lima dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam sidang media di IPD Kota Kinabalu di sini kelmarin.

Chandra berkata, kanak-kanak terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A Akta Dadah berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, beliau berkata sepanjang minggu lepas, polis telah menahan seramai 96 individu di sekitar kawasan Kampung Air kerana terlibat dengan dadah.

“Seramai 75 orang daripada yang ditahan itu adalah lelaki manakala selebihnya adalah wanita di mana 11 daripada mereka juga telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 ADB 1952,” katanya. (theborneopost)

8 comments:

  1. I think these kids are exploited by some illegal force, they couldn't possible get those drugs from nowhere.

    ReplyDelete
  2. I hope the police will investigate this matter to get to the bottom of the problem. It may not be as simple as we think.

    ReplyDelete
  3. No doubt if the kids are PATI children.

    ReplyDelete
    Replies
    1. and maybe the children is one of the stateless children.

      Delete
  4. Kg Air memang kawasan yang sudah terkenal dengan pelbagai aktiviti jenayah. tiap kali buat serbuan pasti ada saja yang ditangkap.

    ReplyDelete
  5. Sudah kena tangkap harap2 selepas kena kasi lepas dia boleh insaf.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya budak-budak menjadi mangsa untuk mengedar dadah. Semoga pihak polis dapat menjalankan tugas dengan baik bagi menangani isu dadah ini.

    ReplyDelete
  7. mesti ada sindiket yang sengaja mengambil kesempatan mempergunakan kanak2 ini yang kemungkinan besar tidak tahu apa2 berkenaan dengan dadah dan risikonya dari segi undang2..

    ReplyDelete