Monday 5 March 2012

BUNG MOKHTAR NAFI LINDUNGI PATI

Saudara Pengarang,

SAYA telah membaca artikel Sabahkini.net bertarikh pada 29/2/2012 di bawah tajuk, 'Ahli Parlimen Kinabatangan Lindungi PATI?' yang mengutarakan beberapa isu. Selaku Ahli Dewan Rakyat P.187 Kinabatangan saya MENAFIKAN sekeras-kerasnya dakwaan-dakwaan tidak berasas yang dibangkitkan melalui artikel berkenaan.

TANPA PREJUDIS saya menyatakan bahawa dakwaan artikel tersebut adalah berunsur fitnah dan bertujuan jahat untuk mencalar imej saya dan kerajaan BN.

Saya merujuk kepada artikel bertarikh pada 29 Februari 2012; saya telah berusaha membawa rombongan Ketua Pengarah, ICU, Jabatan Perdana Menteri untuk meninjau permasalahan rakyat di Kinabatangan.

Hasil lawatan berkenaan, kerajaan telah meluluskan antara lainnya pembinaan 10 buah rumah PPRT di Kg Simayang. Semua senarai penerima diselaraskan oleh Pejabat Daerah Kinabatangan dengan peserta 'E-Kasih' menjadi senarai keutamaan.

Peranan dan tanggungjawab saya telah berjaya dalam menyediakan kemudahan kepada peserta 'E-Kasih'. Saya tidak pernah menerima laporan dan atau makluman berkenaan PATI (sekiranya ada seperti yang didakwa) oleh mana-mana pihak termasuk masyarakat dan pemimpin-pemimpin di Kg. Semayang. Tambahan pula, sekiranya pun ada (yang mana saya nafikan) adalah menjadi tanggungjawab kerajaan atau agensi berkaitan untuk mengambil tindakan wajar.

Adalah perkara yang amat menghairankan selaku salah seorang Penggubal Undang-Undang di negara ini, saya mahu atau bertindak untuk melindungi PATI. Hilangkah, kewarasan saya untuk bertindak melindungi PATI yang secara jelas bertentangan dengan undang-undang di negara ini?

Saya berpandangan bahawa Sabahkini.net selaku alat media masakini wajar meneliti setiap artikel yang ingin di ‘post’ kan.

Sabahkini.net wajar mendokong dan berpegang kepada unsur-unsur etika profesionalisma di dalam penulisan dan bukannya menerbitkan artikel-artikel yang berunsurkan fitnah, tidak benar dan tuduhan membuta tuli.

Sabahkini.net wajar untuk tidak memperdagangkan hasil tulisan demi untuk kehidupan. Kalau benar matlamat Sabahkini.net untuk 'Membongkar Kebenaran, Mempertahan Kejujuran', sewajarnya Sabahkini.net berwaspada dan jangan menerbitkan artikel-artikel yang boleh menjatuhkan kredibiliti seseorang terutama tulisan-tulisan berunsur fitnah, berniat jahat dan mempunyai motif 'tersendiri'.

Saya memandang serius perkara ini, yang mana saya anggap agak keterlaluan di dalam mengutarakan artikel-artikel yang berunsurkan fitnah. Saya telah berbincang dan sedang memikirkan untuk merujuk perkara ini kepada rakan-rakan peguam saya.

Adalah menjadi hasrat saya agar fenomena ini tidak berterusan dan selanjutnya tidak berleluasa dalam mengutarakan sebarang artikel.

Salam Hormat,

DATUK BUNG MOKHTAR

(NOTA : Sabahkini.net tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa; malah mengalu-alukan jawapan balas kerana kebanyakan wakil rakyat BN enggan memberikan nombor telefon untuk dihubungi bagi mendapat makluman balas. Oleh itu, pihak editorial meletakkan tanda soal (?) di hujung tajuk kerana niat murni Sabahkini.net untuk bertanya benarkah dakwaan pengundi yang teraniaya oleh karenah birokrasi. Sabahkini.net juga mengalu-alukan niat Datuk untuk menyaman Sabahkini.net berhubung isu ini bagi mendapat kebenaran untuk RCI iaitu kemusykilan bagaimana Kinabatangan yang dibanggakan Datuk boleh dibanjiri oleh lebih 117,689 warga asing atau 78.3 % daripada jumlah penduduk Kinabatangan seramai 150,327. Semakan kami mendapati Datuk tidak pernah membuat laporan polis berhubung kehadiran warga asing di daerah ini berbanding penduduk tempatan seramai 32,638 sahaja. Jika Datuk ingin membuat sebarang makluman balas, sila email kepada sabahkini.net@gmail.com. Kami mengamalkan Dasar Media Terbuka, iaitu menyokong Bill Of Guarantee (BoG) iaitu tanpa saringan terhadap internet).

9 comments:

  1. "..kerana kebanyakan wakil rakyat BN enggan memberikan nombor telefon untuk dihubungi bagi mendapat makluman balas.."

    Maybe after this the BN leaders can give their phone number so that it will be easier to clarify any matter arise?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau wakil rakyat enggan memberi nombor hp, pembantunya pun sudah cukup. lagipun sedia maklum kerja wakil rakyat ni memang sibuk.

      Delete
  2. harap Bung Mokhtar dapat menjelaskan kenapa begitu ramai PATI berbanding penduduk tempatan di Kinabatangan.

    ReplyDelete
  3. Bung harus memainkan peranan dalam membanteras PATI di Sabah.

    ReplyDelete
  4. This certainly has develop into something far more interesting than anticipated.

    ReplyDelete
  5. Hopefully Bung Mokthar can explain in detail regarding the matter that has being highlighted.

    ReplyDelete
  6. Baguslah kalau wakil rakyat terus bersuara menafikan pelbagai tuduhan. Itulah yang kita mahukan suara dari para pemimpin.

    ReplyDelete
  7. samada penjelasan beliau cukup untuk memuaskan hati pengadu atau tidak, sekurang2nya beliau berani tampil menjelaskan perkara itu..

    ReplyDelete
  8. saya harap Bung akan mengambil tindakan2 bagi menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh pengadu di kawasan beliau..

    ReplyDelete