Thursday 15 March 2012

CAPAIAN INTERNET LEBIH LAJU DI SEBATIK


KIRA-KIRA 3,600 penduduk Pulau Sebatik bakal menikmati capaian Internet lebih laju apabila Telekom Malaysia menyediakan kemudahan 'Streamyx Wayarless' di pulau berkenaan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik, Abdul Muis Picho berkata buat permulaan, kemudahan itu akan disediakan di Teluk Wallace, Sungai Tongkang, Mentadak-Tamang dan Bergosong.

Beliau berkata sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah menyediakan kemudahan akses Internet kepada penduduk di situ, namun timbul beberapa masalah termasuk kualiti perkhidmatan.

"Itulah sebabnya kita mengambil pula pendekatan ini, dan untuk jangka masa panjang, kita berharap program ini dapat diperluas ke seluruh pulau.

"Kita juga berharap Projek Khas Telekom suatu masa nanti turut dapat dilaksanakan di Pulau Sebatik, menerusi kerjasama dengan pihak SKMM, seperti yang terlaksana di beberapa kawasan luar bandar lain di Sabah," katanya kepada pemberita selepas melawat Pulau Sebatik bersama pegawai Telekom Malaysia Rabu. (Bernama)

8 comments:

  1. Good to hear that Telekom Malaysia is about to implement wireless connection in Sebatik Island. This will improve the connectivity and communication in the island.

    ReplyDelete
  2. Hopefully Telekom will be able to improve the service which was previously done by the SKMM. So that the people may enjoy flawless internet connection.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Memang itulah yang kita harapkan untuk melihat kemudahan wireless dapat dilaksanakan dengan sempurna.

      Delete
  3. syabas, ADUN di daerah lain juga perlu mengambil initiatif yang sama.. masih banyak kampung2 di negeri ini yang tidak memnpunyai kemudahan akses internet..

    ReplyDelete
  4. Semoga capaian Internet yang lebih laju tu digunakan sebaik mungkin untuk kegunaan pembelajaran anak2. Mengetahui info2 secara cepat dan mudah.

    ReplyDelete
  5. Diharap tempat2 lain juga dipertingkatkan kelajuan capaian internet. Pasti rakyat akan suka.

    ReplyDelete
  6. pasti ini menggembirakan penduduk Pulau Sebatik. moga kawasan2 lain jg akan dpt perkhidmatan internet yang pantas.

    ReplyDelete
  7. Mungkin dengan bantuan TM ini akan dapat menangani masalah kelembapan internet dikawasan pendalaman.

    ReplyDelete