Saturday 17 March 2012

CENTRE POINT SABAH BERWAJAH BARU


CERIA......Wajah baru Centre Point Sabah pada waktu malam yang dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2012.

Oleh : KENNEDDY CORLLEUS

BANGUNAN Centre Point kini bakal menjadi ‘role model’ dan tumpuan pengunjung luar mahupun dalam negara apabila ia diubah suai dengan rekabentuknya lebih kepada pencahayaan jenis LED seperti bangunan-bangunan di bandar Taiwan.

Menurut Pengarah Urusan Centre Point Sabah, Andrew Chang Chi Ming, kerja mengubah suai dan menaiktaraf itu dijangka mengambil masa empat bulan, sekali gus menampilkan rekabentuk menarik dengan suasana mesra alam.

Centre Point Sabah dibuka secara rasminya pada tahun 1990 dan telah menjadi pusat membeli belah sebahagian masyarakat di Bandaraya Kota Kinabalu (KK) kira-kira 22 tahun.

“Kami kini mengambil inisiatif untuk memperbaiki dan menaiktaraf fizikal dan memperindahkan bangunan CPS untuk bergerak ke hadapan dengan rakyat bandaraya KK selama 20 tahun lebih awal.

“Kerja-kerja pembinaan untuk membaik pulih CPS akan bermula tidak lama lagi dan ia dijangka mengambil masa kira-kira empat bulan untuk melengkapkan yang akan meliputi bahagian luaran dan dalaman,” katanya.

Penampilan bahagian luaran CPS akan kelihatan berbeza pada waktu siang dan malam kerana terdapat papan tanda dan iklan yang berwarna-warni bakal menceriakan Bandaraya KK.

Persekitaran luar kompleks akan dihiasi dengan pokok-pokok hijau yang mencerminkan bandaraya mesra alam.

Dalam pada itu, pengunaan lampu jenis LED mampu memberikan penjimatan elektrik di samping dapat digunakan dalam tempoh yang panjang.

Luaran kompleks akan digunakan jeriji aluminium dan kayu-kayuan memandangkan bahan itu adalah produk mesra alam seperti yang digunakan di kebanyakan bangunan di Taiwan.

Sementara itu, pihak CPS akan menyediakan tandas untuk orang kelainan upaya (OKU) sebagai memulakan pendekatan penyayang kepada masyarakat.

“Sensor automatik curahan tandas akan digunakan bagi menjimatkan penggunaan air di samping menyediakan tandas yang bersih dan selesa untuk pelanggan-pelanggan yang mengunjungi kompleks ini.

“Ruang makan yang terdapat di tingkat bawah kompleks CPS akan ditukar kepada pencahayaan yang baik dan selesa, manakala meja serta kerusi akan diganti untuk menyediakan suasana yang luas.

“Untuk mengelakkan ganggguan kepada penyewa dan pelanggan, CPS akan mengekalkan waktu operasi dalam tempoh membaik pulih dan akan memastikan langkah-langkah keselamatan yang ketat di sekitar kawasan naiktaraf. (theborneopost)

12 comments:

  1. Center Point is one of the earliest Shopping Malls around KK along with Wisma Merdeka. Its good to have a new facelift to attract the younger generations as well as tourist as they more favor newer shopping complexes such as Suria Sabah and 1 Borneo.

    ReplyDelete
  2. Can't wait to see the new renovated CP by August 2012.

    ReplyDelete
  3. Centre Point was one of the first Mall in Kota Kinabalu before the was 1Borneo or other shopping mall that is booming in Kota Kinabalu in recent years.

    ReplyDelete
  4. This will definitely give this particular mall a new face lift.

    ReplyDelete
  5. This will make this shopping mall more ompetitive with other malls in KK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti tumpuan banyak ke centre point kelak.

      Delete
  6. Apart from that, this move is also inline with the call of the Ministry Of tourism and culture Sabah to make Kota Kinabalu a shopping destination.

    ReplyDelete
  7. Hopefully these effort can be carried put without any complications

    ReplyDelete
  8. Harap2 dapat tengok yang real, pasti usaha kerajaan dapat menarik lebih ramai pelancong luar dan dalam untuk melancong ke Sabah.

    ReplyDelete
  9. Centre Point adalah pusat membeli belah utama di Sabah, walaupu ntelah byk pusat membeli belah dibina, namun, ia masih tidak dpt menandingi Centre Point. semoga dgn wajah baru, Centre Point akan jadi jauh lebih menarik dah gah.

    ReplyDelete
  10. Mesti nampak cantik kalau Center point kena buat wajah baru. Bangunan sudah lama namun perhiasan luaran itu yang menarik bangunan tersebut.

    ReplyDelete
  11. saya harap kompleks membeli belah yang lain di Sabah juga akan mengikut jejak langkah CPS.. biar lebih banyak kompleks yang mengetengahkan ciri2 mesra alam..

    ReplyDelete