Friday 16 March 2012

'COWGATE' TENTUKAN PRU-13


PEMIMPIN veteran Umno veteran yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa jika skandal National Feedlot Corporation (NFC) tidak diurus dengan betul, ia akan memberi kesan kepada nasib BN pada pilihan raya umum akan datang.

"Secara umumnya orang sering melupakan sesuatu isu selepas 14 hari tetapi 'cowgate' adalah berbeza. Tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina atau India, mereka semua tahu segala-galanya mengenai lembu, malah penduduk kampung pun tahu nilai atau harga seekor lembu.

"Anda perlu berhati-hati, 'cowgate' boleh menjejaskan undi yang banyak," katanya kepada akhbar harian Cina Sin Chew Daily dalam satu temu bual eksklusif yang diterbitkan hari ini.

Menurut skandal NFC mempunyai lebih impak berbanding dengan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng kerana wang pembayar cukai digunakan dalam projek penternakan lembu itu.

Justeru, katanya, isu nadir bumi itu mungkin memberi kesan kepada penduduk di Pahang, tetapi tidak ke atas negeri-negeri lain.

Mengenai kemungkinan landskap politik selepas pilihan raya umum akan datang, Daim berkata adalah malang jika Umno berjaya mengekalkan sokongannya tetapi dengan kedua-dua sekutunya MCA dan Gerakan ditolak terus oleh pengundi.

Jelasnya, ini akan menunjukkan bahawa pengundi membuat keputusan berdasarkan garisan perkauman dan bukannya sebagai rakyat Malaysia manakala rakyat negara ini akan berpecah mengikut perbezaan kaum.(MKINI)

2 comments:

  1. kes NFC perlu diselesaikan segera, ia pasti akan menjadi senjata utama pembangkang untuk melemahkan BN.

    ReplyDelete
  2. Kes NFC ini akan diketahui selepas laporan dan keputusan mahkamah nanti.

    ReplyDelete