Saturday 17 March 2012

DAKWAAN DAP TIDAK TEPAT


Saudara Pengarang,

DENGAN sukacitanya, jabatan ini ingin memberi maklum balas berkenaan beberapa isu yang telah dibangkitkan pada 23 Februari 2012 melalui artikel bertajuk 'Healthcare Welfares Overlooked.'

CT Scan Untuk Pesakit Kanser

1. CT Scan secara ringkasnya digunakan bagi tujuan diagnostik. Pada masa kini terdapat satu buah mesin CT scan di HQE 1 dan HQE ll yang sedang berfungsi.

2. Bangunan baru Pusat Onkologi dan Pusat Perubatan Nuklear Negeri Sabah, Likas (PO & PPNS) yang dijangka akan dibuka pada bulan Julai, 2012 pula akan dilengkapkan dengan sebuah CT- PET scan 64 slices. Pihak KKM sedang berada dalam perincian fasa terakhir perolehan peralatan tersebut agar rakyat di negeri Sabah akan mendapat faedah yang terbaik bagi tujuan tersebut.

Rawatan Pesakit Kanser : Peralatan Brachytherapy dan Linear Accelerator [LINAC]

1. Kedua-dua peralatan tersebut adalah digunakan untuk rawatan penyakit kanser. Sebuah unit brachytheraphy·dan sebuah unit LINAC terdapat di HQE2 yang diperolehi bersama-sama bangunan sewaktu pembelian SMC oleh KKM dalam tahun 2009.

2. lsotop (penjana radioaktlf) brachytherapy di HQE2 telah mengalami kerosakan dan di atas faktor keselamatan radioaktif maka ia tidak lagi digunakan. Sebagai penyelesaian jangkamasa pendek sahaja pesakit-pesakit dihantar ke Semenanjung Malaysia dan ke Sarawak untuk mendapatkan rawatan. Alat LINAC yang lama pula masih dapat digunakan lagi.

3. Sebuah alat Brachytherapy dan LINAC yang baru pula telahpun diperolehi untuk kegunaan di PO & PPNS dan boleh digunakan apabila pusat tersebut dibuka pada tahun ini. Dengan itu bagi tujuan rawatan dan diagnosis pesakit kanser sahaja secara kolektifnya sebanyak 3 alat CT Scan, 2 alat LINAC dan 1 alat brachytherapy akan disediakan bagi kemudahan pesakit. Cadangan untuk memperolehi alat

brachytherapy yang ke·2 akan dikemukakan kepada pihak kementerian. Pihak kementerian telah mengambil tindakan di peringkat awal untuk menangani masalah rawatan pasaklt onkologi di negeri Sabah.

Kontrak SMC

1. Permohonan untuk penyambungan semula kontrak penyewaan di antara SMC dengan Kementarian Kesihatan Malaysia telah diterima pada November 2011. Keputusan untuk penyambungan kontrak tersebut telah dilakukan pada 29 Februari 2012 setelah meneliti semua aspek yang berkaitan. Besar kemungkinan tempoh Penyewaan akan dipendekkan kepada satu tahun dan ruangan yang akan disewa adalah dihadkan. Oleh itu, lsu kehadiran SMC di Hospital Queen Elizabeth Il secara percuma adalah tidak benar seperti yang didakwa oleh DAP.

Kes pesakit berumur 15 tahun yang meninggal dunia pada tahun 2011.

1. Siasatan tentang kes tersebut telahpun selesai di mana pakar-pakar dan pihak pengurusan tertinggi hospital telah menjalankan Internal Enquiry. Pengarah Kesihatan Negeri Sabah telah dimaklumkan tentang perkara ini dan beliau juga telah menjemput ahli keluarga ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk membincangkan hasil siasatan tersebut.

2. Mereka telah memahami penerangan yang diberikan dan ahli keluarga mendiang pesakit tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan yang lanjut. Walaupun begitu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan tetap mengambil tindakan tata tertib jika mana-mana pegawai didapati bersalah di dalam kes tersebut.

3. Dengan itu tuduhan bahawa YB. Datuk Edward Khoo, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah mengambil masa yang terlalu lama untuk melakukan siasatan tidak timbul kerana perkara tersebut telah diambil tindakan.

Sekian untuk makluman tuan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih,

“BERKHlDMAT UNTUK NEGARA"

Saya Yang Menurut Perintah,

DR ADLAN SUHAIMI BIN DATO AHMAD

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan)

b.p: Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

19 comments:

  1. Thanks to the Health Deparment of Sabah for clarifying these issues which were previously raised by the DAP, hopefully they will accept this explanation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas penjelasan di atas, harap semua pihak berpuas hati.

      Delete
    2. penjelasan yang baik dan menjawab semua persoalan yang ditimbulkan.

      Delete
  2. DAP should look into these sort of case before making any allegations with the intention to affect the Medical Department's image.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain kali dap haruslah meneliti sesuatu pekara sebelum membuat sebarang dakwaan.

      Delete
  3. Dasar pembangkang hanya menuduh tanpa usul periksa terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  4. penjelasan sudah diberikan oleh pihak berkenaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. penjelasan sudah diberikan, harap isu ini tidak dimainkan lagi.

      Delete
  5. dan ternyata dakwaan DAP adalah tidak benar...kemungkinan DAP sudah kehabisan isu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dakwaan DAP sudah terjawab,ternyata DAP memang hanya buat isu sahja.

      Delete
    2. ini menunjukkan suka membuat tuduhan tanpa menelitinya terlebih dahulu.

      Delete
  6. Pihak yang berkenaan harus tampil diri dan memberi penjelasan agar golongan awam tidak mendapat isyarat yang negatif.

    ReplyDelete
  7. Bukannya semua pihak boleh terima penjelasan walaupun telah dibuat. Masing-masing menilaikannya.

    ReplyDelete
  8. pembkangkang mmg suka membuat kenyataan dan tuduhan membabi buta, kini baru nampak pembohongan pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Pembangkang suka menuduh tanpa sebarang bukti, selepas ini pasti ada isu lagi yang cuba di bangkitkan mereka.

    ReplyDelete
  10. Sudah ada penjelasan maka kita sendiri sedar akan apa yang DAP katakan itu cuma cakap kosong semata-mata. Semua ini adalah cara pembangkang untuk mencari sokongan dengan memberikan pelbagai khabar angin yang tidak ada bukti dan fakta.

    ReplyDelete
  11. penjelasan sudah diketahui, jadi isu ini tidak perlu dimainkan lagi.

    ReplyDelete
  12. DAP tengok dari luaran saja bukannya dalaman, sebab itu tidak tepat..

    ReplyDelete
  13. sepatutnya DAP tampil memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana melaporkan isu yang tidak tepat atau dalam kata lain menipu pembaca/rakyat Sabah..

    ReplyDelete